Sony Bakal Mengeluarkan Kemaskini Android 4.3 dan 4.4 Kit Kat Dalam Masa Terdekat

Sony Bakal Mengeluarkan Kemaskini Android 4.3 dan 4.4 Kit Kat Dalam Masa Terdekat, mungkin ini antara berita paling menggembirakan buat anda yang menggunakan Sony smartphone dimana pihak Sony melalui tweet mereka telah pun berjanji akan mengeluarkan plan update untuk siri Sony Xperia.

Mereka walaubagaimanapun tidak menyenaraikan smartphone yang akan menerima kemaskini tersebut dan kami menjangkakan senarai tersebut hanya akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

Dalam perkembangan terbaru, Google telah pun melancarkan Android 4.4 Kit Kat secara rasmi semalam serentak bersama pelancaran Nexus 5 dimana ianya turut dioptimasikan untuk smartphone dalam kelas pertengahan (mid-range).Jadi anda boleh menjangkakan Sony berkemungkinan akan mengeluarkan kemaskini Android 4.4 untuk kebanyakkan smartphone milik mereka.

Bagi kemaskini android 4.3 Jelly bean, antara smartphone yang sebelum ini telah tersenarai untuk menerima kemaskini tersebut ialah siri Xperia Z iaitu Xperia Z Ultra, Xperia Z , Xperia ZL dan Xperia ZR manakala bagi Xperia Z1 ianya berkemungkinan akan menerima terus kemaskini android 4.4 Kit Kat.

17 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here