Apa Itu Samsung KNOX ? Bagaimana Ia Berfungsi?

5

Apa itu Samsung KNOX ? Apa yang menarik mengenai sistem yang diperkenalkan oleh Samsung ini untuk smartphone mereka? Ikuti artikel dibawah untuk penjelasan ringkas.

KNOX merupakan satu sistem yang diperkenalkan oleh Samsung untuk smartphone mereka yang menggunakan Android 4.3 keatas, jika anda kemaskini Samsung Galaxy S4 kepada android 4.3 Jelly bean, satu icon akan dipaparkan di bahagian menu aplikasi.

1 SMARTPHONE  2 SISTEM

Bila icon ini di klik , anda akan dibawa ke bahagian penerangan mengenai KNOX secara ringkas dan diberi pilihan untuk install seakan satu lagi launcher berlainan yang hanya akan dilengkapi dengan password serta mempunyai aplikasi tertentu yang telah tersedia seperti camera, gallery, downloads, email, s planner, my files, phone, contacts dan internet.Anda tidak akan dibenarkan untuk buka Play Store ketika dalam mode KNOX walaubagaimanapun, kira-kira 75 aplikasi KNOX boleh di download.Selain itu, anda juga tidak dibenarkan untuk mengambil screenshot ketika berada dalam mode KNOX.

Sistem ini akan membahagikan sistem phone anda kepada dua bahagian iaitu satu untuk kegunaan peribadi dan satu lagi untuk kegunaan kerja yang memerlukan persekitaran selamat seperti check email.Apabila memasuki mode KNOX, anda boleh membuka aplikasi tersebut untuk membaca email kemudian menutupnya kembali tanpa perlu risau data anda dicuri.

KNOX direka untuk meningkatkan prestasi sekuriti android smartphone dimana 3 ciri diperkenalkan iaitu

Customizable Secure Boot.

-Secure boot, menurut Samsung,ianya merupakan sistem pertahanan yang akan memastikan hanya software yang dikenalpasti selamat serta software yang dibenarkan sahaja boleh run ketika smartphone dihidupkan (boot-up).

TrustZone-based Integrity Measurement Architecture (TIMA).

-IMA pula berfungsi untuk mengawasi kernel yang terdapat pada smartphone dimana ia akan memastikan segalanya berfungsi dengan baik dan jika TIMA mengesan sebarang perubahan haram yang dilakukan terhadap kernel, ia akan bertindak dengan mematikan (powering down) phone anda.

Security Enhancements for Android.

– Security Enhancements for Android akan menyimpan data anda dan aplikasi anda dalam tempat yang selamat (isolated areas), apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini , kesan kerosakan pada data akan berkurang.

SMARTPHONE YANG BAKAL TERIMA KNOX

Menurut salah satu artikel mengenai KNOX di GSMArena , antara smartphone yang akan memperolehi KNOX ialah :

–  Samsung Galaxy Mega, GS4 Mini, GS3, GS4, Note 2 and Note 3, (GS3 Mini terkecuali) akan memperolehi “Business Knox” dan “Consumer Knox” dalam kemaskini android 4.3 dan 4.4 Kit Kat yang akan datang.
– “Consumer Knox” akan dimasukkan secara default ke dalam smartphone dibawah.(samada fully pre-loaded atau sebagai pilihan dimana penguna perlu mendownload terlebih dahulu aplikasi tersebut sebelum diaktifkan.
– Kesemua Samsung Galaxy Note 3.
– Kesemua Galaxy S3, Galaxy S4 dan Note 2 akan memperolehi KNOX dalam kemaskini androi 4.3 Jelly bean.
– Untuk Galaxy S4 Mini dan Galaxy Mega, KNOX akan diinstall dalam kemaskini android 4.4 Kit Kat yang akan datang.

KESAN KNOX KEPADA PENGGUNA

Jika dilihat dari penerangan diatas, KNOX merupakan satu sistem yang akan memastikan smartphone android anda selamat termasuk data-data anda.Akan tetapi, tidak semua pengguna memerlukan sistem ini.KNOX akan memberi kesan buruk kepada anda yang ingin root atau rajin menggunakan custom rom pada smartphone masing-masing.KNOX berkemungkinan akan menyebabkan aplikasi permanent root anda mengalami masalah Force Close.

Jika anda mempunyai KNOX pada smartphone Galaxy anda dan ianya telah di root, anda akan lihat satu notifikasi keluar setiap kali SuperSU diperlukan untuk membuka aplikasi root, dimana ia akan memaparkan mesej seperti dibawah :

“SuperSU tried to access system in your device without authorization. This action was blocked”.

Anda perlu disable kan KNOX dan aplikasi yang berkaitan dengan nya menggunakan Titanium Backup untuk mengelakkan mesej yang sama ditunjukkan di notification panel.Berikut aplikasi yang boleh di freeze menggunakan TB :

  • com.sec.enterprise.knox.attestation
  • com.sec.knox.eventsmanager
  • KLMS Agent
  • KNOX
  • Knox Notification Manager
  • KNOX Store

Selain cara diatas, antara cara lain untuk disable notifikasi KNOX ialah dengan menggunakan aplikasi khas yang telah direka untuk disable notifikasi tersebut.Aplikasi KNOX Disabler boleh di download secara percuma di Google Play.

KNOX FLAG

KNOX Flag merupakan perkara yang “ditakuti” oleh ramai pengguna Samsung terutama Galaxy Note 3 dan juga Galaxy S4.Secara ringkas, KNOX Flag berfungsi lebih kurang untuk mengesan samada anda pernah atau tidak mengubah sistem phone tersebut.Apa yang dimaksudkan dengan mengubah sistem ialah termasuk jika anda flash atau downgrade smartphone masing-masing kepada firmware lama walaupun firmware tersebut clean dan tak pernah diubah atau di root.

Firmware terbaru Samsung didatangkan dengan secured-bootloade dan KNOX Flag boleh dijumpai di bahagian Download Mode pada smartphone masing-masing, dimana ia akan menunjukan keadaan “Knox warranty void: 0x0 or 0x1″. ” Ox1 bermaksud phone telah diubah dan warranti anda dikira rosak (void warranty).Keadaan ini akan digunakan Samsung untuk mengesan apa yang dilakukan oleh anda terhadap phone tersebut dan untuk melihat samada warranti phone itu boleh digunakan atau tidak.Buat masa sekarang tiada cara yang boleh dilakukan untuk reset kembali status KNOX Flag tersebut.

FAKTA-FAKTA LAIN

Antara fakta lain mengenai KNOX Flag ini ialah :

– Anda tidak boleh downgrade dari KNOX-Enabled firmware kepada KNOX-Disabled firmware.Ini akan set status kepada 0x1(void warranty).
– Walaupun anda flash KNOX-Enabled firmware menggunakan Odin, (manual update ke latest firmware) status tetap akan berubah kepada 0x1 (void warranty).
– Flashing modified image menggunakan Odin akan turut set status kepada ox1.
– Satus KNOX Flag tidak bersifat counter dimana ia akan kekal 0x1 walaupun anda flash banyak kali.
– Mengunakan JTAG untuk mengubah status KNOX Flag dengan cara mengambil image dari smartphone yang mempunyai status 0x0 akan menyebabkan phone tidak berfungsi langsung.

Apabila KNOX Flag berubah status kepada 0x1 ini bermaksud smartphone anda kehilangan warranti untuk selamanya, jadi sila fikir sebaik mungkin sebelum anda melakukan sesuatu.

SUMBER | VIA 1 | VIA 2 | VIA 3 | VIA 4 | VIA 5 | VIA 6

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

5 Comments

  1. Pingback: Cara Root Galaxy Note 2 N7100 Android 4.3 Jelly Bean - SOLEHEENDOTCOM

  2. Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya baru-baru ini ada masalah dengan satu aplikasi yang dipanggil KNOX, walaupun baru sahaja menggunakan aplikasi ini tidak sampai seminggu tetapi ianya sudah menunjukkan masalah. Apa yang terjadi ialah, aplikasi tersebut seolah-olah crash dan naik command-command seperti berikut “unfortunatly samsung keyboard has been stopped” “unfortunatly touchwiz stopped” “unfortunatly setting has been stop” ..ianya terjadi setiap kali saya klik pada aplikasi KNOX tersebut(saya tak dapat enter knox untuk masukkan password). Jadi ada sesiapa disini yang tahu cara menyelesaikan masalah ini dan adakah KNOX ini memang suatu aplikasi yang bermasalah.

    -Note 3 user since november2013-

TINGGALKAN KOMEN ANDA