Samsung Galaxy S5 Dan Note 4 Bakal Menggunakan 16MP Camera Dengan Teknologi ISOCELL

Baru-baru ini, Samsung di acara “Analyst Day” mereka mengatakan bahawa mulai tahun hadapan, kira-kira 25% daripada smartphone Samsung akan menggunakan camera dengan resolusi 16MP, ini termasuk flagship device mereka iaitu Samsung Galaxy S5 dan juga Galaxy Note 4.

Dalam perkembangan terbaru, Samsung kini sah bakal menggunakan teknologi ISOCELL pada 16MP camera untuk Glaaxy S5 dan juga Note 4.Teknologi ISOCELL akan menghasilkan gambar yang jauh lebih baik ketika keadaan kurang pencahayan (low-light) , gambar dengan color reproduction yang lebih baik, lebih sharp dan detail berbanding teknologi BSI yang digunakan secara meluas pada camera smartphone sekarang.

Selain itu, teknologi OIS (Optical Image Stabilization) akan turut dimasukkan pada kamera smartphone mereka.Langkah ini dilihat bagi menyaingi Nokia dan juga Sony yang dilihat sedang menguasai teknologi kamera smartphone pada waktu ini.OIS telah pun diguna pakai pada smartphone canggih masa kini dan antara yang terbaru ialah Nexus 5 dengan kamera beresolusi 8MP.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here