Samsung Galaxy S3 Terima Kemaskini Android 4.3 Jelly Bean Secara Rasmi

19
1,400 views
views

Samsung Galaxy S3 terima kemaskini Android 4.3 Jelly Bean secara rasmi mulai hari ini tidak lama selepas leaked firmware smartphone tersebut tersebar di internet.Kemaskini tersebut dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu dimana Ireland menjadi negara pertama yang menerima Android 4.3 Jelly Bean melalui KIES.

Beberapa perubahan besar dapat dilihat melalui kemaskini tersebut antaranya ialah smartphone tersebut kini menyokong penuh Samsung Galaxy Gear.Antara perubahan lain ialah :

– Antaramuka baru menyerupai Samsung Galaxy S4.- TRIM Support berfungsi untuk melancarkan serta menjadikannya lebih smooth tanpa lag.
– Sokongan ANT+
– Keyboard Samsung baru .
– GPU Drivers dikemaskini- lebih baik berbanding sebelum ini.
– Lockscreen baru- Ripple effect kini lebih smooth.
– Screen modes baru dimasukkan – menyerupai Galaxy S4.
– Ciri-ciri Move-to-SD-card dimasukkan.
– Camera Mode baru -Sound and Shot
– Notification Centre ditambah baik.
– Antaramuka baru diperkenalkan pada bahagian Setting – menyerupai Galaxy S4.
– Ciri-ciri Voice Control dimasukkan sama seperti Galaxy S4
– Aplikasi Samsung baru – Calculator, Clock, Contacts, Gallery, Music
– S-Voice baru.

Jika dilihat pada ciri-ciri baru yang diperkenalkan , Samsung mengambil langkah memasukkan ciri-ciri Galaxy S4 pada Galaxy S3 dan menjadikannya lebih baik.

Setakat yang kami semak, pengguna di Malaysia masih lagi belum menerima kemaskini ini dan seperti biasa anda boleh flash firmware rasmi Android 4.3 Jelly bean secara manual menggunakan Odin.Ini tidak akan merosakkan waranti anda memandangkan ianya adalah kemaskini rasmi milik Samsung.

19 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here