Review Kelebihan Dan Kekurangan Ninetology Z1 vs LG Optimus G Pro

11
1,134 views
views

Review Kelebihan Dan Kekurangan Ninetology Z1 vs LG Optimus G Pro , dalam artikel review kali ini kami akan membawakan perbandingan antara 2 smartphone bersaiz 5 inci keatas iaitu diantara Ninetology Z1 dan juga LG Optimus G Pro.Kedua-dua model ini merupakan high-end smartphone dalam famili masing-masing dimana Ninetology Z1 merupakan smartphone berspesifikasi tinggi milik Ninetology manakala Optimus G Pro merupakan model berspesifikasi tinggi milik LG.

Bagi anda yang pertama kali mendengar nama Ninetology , secara ringkasnya, ianya merupakan syarikat smartphone di Asia yang baru sahaja ditubuhkan namun berjaya menempah nama serta menarik perhatian ratusan ribu pengguna di Asia.Ninetology Z1 merupakan siri smartphone dalam siri Ninetology U9 yang baru sahaja diperkenalkan serentak bersama beberapa model yang lain antaranya Ninetology Z1+ dan juga Ninetology X1.

Jom kita lihat perbandingan antara kedua-dua smartphone ini dan yang manakah lebih berbaloi untuk dimiliki.Kami hanya akan menyentuh aspek-aspek penting yang perlu anda nilai sebelum memiliki sesebuah smartphone.

SPESIFIKASI NINETOLOGY Z1

VERSI ANDROID 4.2.1 JELLY BEAN
PROCESSOR/RAM QUAD-CORE 1.2GHz + 1GB RAM
CAMERA 12MP + 5MP BAHAGIAN HADAPAN ( F2.2 Aperture, Autofocus, BSI, HDR, Continuous shot(up to 99 shots), Smile & Face detection, Quick Panorama)
SAIZ SKRIN 5.7 INCI IPS 1280 x 720 HD GORILLA GLASS,Capacitive Multi Touch Screen
SAMBUNGAN WIFI , BLUETOOTH 4.0
BATTERY 2600mAh
BERAT 191 GRAM
MEMORI 16GB INTERNAL MEMORI TANPA SOKONGAN SDCARD
SIM KAD DUAL-SIM
CIRI-CIRI LAIN 3G Video Call, Dual SIM,Premium Gift Box
PREINSTALL APPS Facebook, WeChat, Google +, Google Hangouts,File Manager, Adobe Reader, ThinkFree Office Viewer NQ Mobile Security, NQ Vault, M Warranty. 3G Video Call, Dual SIM
HARGA RM1199
SPESIFIKASI LG OPTIMUS G PRO

VERSI ANDROID 4.1.2 JELLY BEAN
PROCESSOR/RAM Quad-core 1.7 GHz SNAPDRAGON 600 + 2GB RAM
CAMERA 13MP + 2.1MP BAHAGIAN HADAPAN ( Geo-tagging, face detection, image stabilization, panorama, HDR)
SAIZ SKRIN 5.5 INCI 1080p True Full HD IPS Plus LCD capacitive touchscreen
SAMBUNGAN WIFI , BLUETOOTH 4.0
BATTERY 3140mAh
BERAT 172GRAM
MEMORI 16/32GB INTERNAL MEMORI DENGAN SOKONGAN SDCARD
SIM KAD MICRO-SIM
HARGA RM1999
VIDEO UNBOXING NINETOLOGY Z1
5.7 INCI VS 5.5 INCI : BESAR DAN SELESA

Persaingan kali ini melibatkan antara dua skrin besar milik Z1 dan juga Optimus G Pro dimana Ninetology Z1 dilengkapi dengan skrin 720p bersaiz 5.7 inci manakala Optimus G Pro dengan 1080p skrin bersaiz 5.5 inci.

Antara kelebihan menggunakan smartphone berskrin besar ialah pengalaman membaca email , melayari internet , bermain games serta menonton video lebih puas dan menyeronokkan bagi kami.Sepanjang tempoh penggunaan smartphone ini , kami lebih banyak menggunakan Ninetology Z1 untuk membaca file serta dokumen PDF dimana ianya lebih besar (5.7 inci) dan sangat memudahkan proses pembacaan.

Rekabentuk melengkung di bahagian belakang Z1 memudahkan smartphone tersebut untuk dipegang dan lebih selesa berbanding menggunakan Optimus G Pro dan ianya terasa lebih ringan.Namun, smartphone tersebut perlu dipegang menggunakan kedua-dua belah tangan bagi mengelakkan ianya dari terjatuh.

Pilihan kami : Skrin bersaiz 5.7 inci pada Ninetology Z1 merupakan pilihan tepat bagi anda yang inginkan smartphone dengan skrin bersaiz besar namun tidak mahu menggunakan phablet atau tablet.Rekabentuk nya yang melengkung di bahagian belakang membuatkan lebih selesa untuk dipegang berbanding Optimus G Pro.

1.7GHz Quad-core Snapdragon 600 vs 1.2GHz Quad-core processor

Jika dinilai dari segi processor , Ninetology Z1 jauh ketinggalan di belakang memandangkan LG Optimus G Pro menggunakan antara processor terbaik masa kini iaitu Snapdragon 600 (processor terbaik selepas Snapdragon 800) . Ram 2GB juga meletakkan LG Optimus G Pro dihadapan.

Ninetology Z1 menggunakan Quad-core processor berkelajuan 1.2GHz  dan bagi kami, smartphone tersebut berjaya menguruskan aplikasi dengan baik sekali.Segala-galanya boleh dikatakan smooth serta lancar dan juga pantas tanpa sebarang masalah.Bersesuaian dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding LG Optimus G Pro , dengan harga permulaan RM1199 , smartphone ini berbaloi dengan spesifikasi yang ada padanya.

Optimus G Pro melakukan segala tugasan dengan laju serta smooth dan tidak mempunyai masalah untuk memainkan game HD dan sangat sesuai dengan heavy user.Bagi kami , jika anda seorang pengguna biasa yang tidak memerlukan smartphone yang terlalu canggih, Ninetology Z1 merupakan pilihan tepat untuk anda pilih.

Pendapat kami : Ini bergantung kepada anda sendiri sebagai pengguna samada pengguna biasa yang hanya ingin menggunakan smartphone untuk check email , melayari internet , facebook , twitter , instagram dan menonton video atau heavy user yang memerlukan smartphone spesifikasi canggih untuk bermain games dan lain-lain.

CAMERA 13MP vs 12MP – SAIZ MEGAPIXSEL BUKAN SEGALA-GALANYA

Antara perkara yang sangat menarik perhatian kami ialah kualiti gambar yang dihasilkan oleh kamera 12MP pada Ninetology Z1 yang ternyata lebih baik berbanding 13MP camera pada LG Optimus G Pro.Warna yang lebih terang serta cantik membuktikan kamera pada smartphone bersaiz 5.7 inci ini mampu menghasilkan gambar dengan kualiti yang amat baik.

Gambar dari LG Optimus G Pro

 

Gambar dari Ninetology U9Z1
ANTARAMUKA (UI) STOCK PURE ANDROID vs LG UI V3

LG Optimus G Pro menggunakan LG Optimus UI v3.0 termasuk menggunakan launcher mereka tersendiri.Notification bar Optimus G Pro dipenuhi dengan pelbagai shortcut kepada aplikasi-aplikasi yang telah tersedia di dalam.Ianya agak cantik dan mempunyai tarikan tersendiri serta amat memudahkan pengguna untuk menggunakan smartphone tersebut.

Manakala bagi Ninetology Z1 , apa yang kami suka ialah, smartphone tersebut menggunakan android 4.2.1 Jelly bean dengan antaramuka (user interface) stock android sama seperti yang terdapat pada siri Google Nexus.Sangat minimal , kemas serta simple membuatkan ianya lebih sedap mata memandang jika hendak dibandingkan apa yang ada pada LG Optimus G Pro.

Pihak Ninetology melakukan sesuatu yang sangat baik dengan memilih untuk menggunakan antaramuka stock android pada smartphone mereka sekaligus dapat meringankan serta melancarkan lagi smartphone tersebut.

 BATERI 2600mAh vs 3140mAh

Bateri merupakan elemen penting dalam sesebuah smartphone dimana ia akan menentukan samada smartphone tersebut berbaloi atau tidak untuk dimiliki.LG Optimus G Pro dilengkapi dengan bateri bersaiz 3140mAh dimana sepanjang tempoh review , smartphone tersebut mampu bertahan selama sehari lebih dengan penggunaan normal (on mobile data, check email , social network etc etc.)

Bagi Ninetology Z1 , ianya dilengkapi dengan bateri bersaiz 2600mAh.Setakat yang kami cuba, smartphone ini mampu bertahan selama sehari dengan penggunaan normal dan jika anda kerap bermain games, bateri U9Z1 akan bertahan hampir 9-10 jam.

HARGA : NILAI KEMAMPUAN ANDA, ELAKKAN PEMBAZIRAN

Faktor harga merupakan faktor utama yang dilihat oleh pengguna selain spesifikasi sesebuah smartphone.Bagi kami apa yang penting ialah lihat kepada bajet serta keperluan anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Jika anda seorang pengguna biasa yang hanya ingin menggunakan fungsi asas smartphone seperti menggunakan whatsapp , check email , melayari web atau menggunakan facebook, twitter dan instagram, kami sarankan agar anda memilih Ninetology Z1 yang didatangkan dengan harga permulaan RM1199.

VIDEO PERBANDINGAN LG OPTIMUS G PRO vs NINETOLOGY Z1

Akan Datang

 KESIMPULAN

KELEBIHAN NINETOLOGY Z1 BERBANDING LG OPTIMUS G PRO

– Skrin yang lebih besar.
– Design rekabentuk yang lebih sedap serta selesa ketika dipegang.
– Antaramuka (interface) yang menggunakan stok android, ringkas dan minimal.
– Hasil gambar yang lebih baik.
– Harga permulaan yang jauh lebih murah untuk sebuah smartphone dengan skrin besar.
– Didatangkan dengan premium pakej dimana anda akan turut mendapat aksesori lengkap seperti Cover dan screen protector tanpa perlu membayar lebih.

KEKURANGAN NINETOLOGY Z1 BERBANDING LG OPTIMUS G PRO

– Processor yang agak ketinggalan dimana Optimus G Pro menggunakan antara processor terbaik masa kini namun harga lebih mahal)
– Games HD menjadi lag jika menggunakan setting High atau Ultra High.
– 1GB ram masih tidak mencukupi untuk menjalankan fungsi multitask dengan lebih lancar dan smooth.

DAPATKAN BAUCER REBAT RM200 SECARA  PERCUMA APABILA ANDA MELANGGAN NEWSLETTER DI BAWAH

Review perbandingan antara kedua-dua smartphone ini dibawa khas dengan kerjasama pihak Ninetology dimana mereka turut bersetuju untuk menawarkan baucer rebat percuma untuk para pembaca kami di soleheen.com.Anda hanya perlu melanggan Newsletter dibawah untuk mendapatkan baucer bernilai RM200.Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut.

Facebook Comments

11 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here