Review Kelebihan Dan Kekurangan Nexus 5

10

Review Kelebihan Dan Kekurangan Nexus 5 , dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan beberapa kelebihan dan juga kekurangan Nexus 5 disamping menyentuh mengenai spesifikasi , design dan ciri-ciri yang terdapat pada smartphone tersebut.Terdapat beberapa perkara yang mengagumkan kami namun tak kurang juga yang membuatkan kami rasa sedikit kecewa dengan apa yang ada.

Bagi anda yang mengikuti perkembangan di soleheen.com mungkin mengetahui bahawa kami telah berjaya mendapatkan LG Nexus 5 sejak jumaat lepas yang dibawa masuk ke Malaysia oleh TechBug.my seminggu selepas ianya dilancarkan.Video unboxing Nexus 5 boleh di tonton di saluran Youtube rasmi soleheen.com.

[heading size="18" margin="30"]SPESIFIKASI[/heading]

 

[heading size="18" margin="30"]REKABENTUK DESIGN[/heading]

Meggunakan plastik sebagai bahan utama untuk body Nexus 5 mungkin akan tidak akan menggembirakan anda.Namun berbeza dengan smartphone samsung yang turut menggunakan plastik, Nexus 5 terasa premium dengan kemasan plastik matte di bahagian belakang.Selesa untuk dipegang.

Kemasan di bahagian tepi yang turut menggunakan plastik agak mengecewakan kami dimana ianya amat mudah untuk rosak sekiranya terjatuh atau terlanggar objek yang akan menyebabkan nya mudah melekuk.Oleh itu, penggunaan case amat-amat digalakkan bagi melindungi bahagian body Nexus 5 tersebut.

Antara perkara lain yang menarik perhatian kami ialah bezel pada Nexus 5 yang nipis menjadikan skrin kelihatan memenuhi ruang dan tampak lebih cantik.Speaker pula terletak di bahagian bawah dimana terdapat dua speaker dengan charging port berada di tengah.Malangnya, lokasi speaker tersebut dilihat kurang sesuai berada di bawah kerana ianya muah terhalang oleh tapak tangan apabila di pegang ketika bermain games  atau menonton video.

[heading size="18" margin="30"]SNAPDRAGON 800[/heading]

Selepas 2 hari menggunakannya, memang tak dapat dinafikan bahawa Nexus 5 merupakan antara smartphone terbaik di pasaran.Nexus 5 merupakan smartphone terpantas pernah kami cuba, multi-tasking berfungsi dengan baik dan smooth, tiada delay ketika ingin membuka aplikasi, sesuatu yang sangat diperlukan oleh pengguna Android smartphone.

Skrin HD 1080p yang bagi kami antara skrin terbaik ditambah dengan processor Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz berserta ram 2GB menjadikannya antara smartphone yang wajib anda pilih berbanding yang lain.

Segala-galanya smooth dan sangat-sangat laju tanpa sebarang lag atau masalah.Terima kasih kepada processor yang laju + adreno 330 + 2GB ram , pengalaman bermain games HD berada di tahap paling memuaskan hati.Kesemua games HD yang kami cuba seperti Call of Duty, Asphalt 8 : Airbone, Fifa 14 , Mortal Combat 4 , Need for Speed Most Wanted dan lain-lain berjalan dengan lancar dan smooth.

[heading size="18" margin="30"]ANDROID 4.4 KIT KAT[/heading]

Stok pure android 4.4 Kit Kat menjanjikan kelainan bagi anda yang pertama kali menggunakan stok android.Google memperkenalkan launcher baru pada Nexus 5 yang diintegrasikan sepenuhnya dengan ciri-ciri yang bagi kami sangat menarik dan memudahkan terutama fungsi Google Now.

Google turut memperkenalkan aplikasi Hangout bagi menggantikan SMS dan turut memasukkan aplikasi Quick Office bagi menguruskan file-file dokumen anda.Antara ciri baru yang lain ialah kebolehan printing terus melalui Nexus 5 anda dimana ianya menyokong ciri-ciri cloud printing yang akan memudahkan pengguna yang memerlukan.

Stok android memberikan kelebihan kepada pengguna dimana ianya tidak dipenuhi dengan bloatware dan aplikasi yang tidak berguna.Sangat ringan serta pantas membuatkan smartphone lain kelihatan lembab dan kurang menarik walaupun menggunakan spesifikasi tinggi dan hampir sama seperti Nexus 5.

Okay Google, ini merupakan antara ciri baru yang diperkenalkan pada Android 4.4 Kit Kat dimana anda hanya perlu menyebut Ok Google untuk mencari maklumat yang dikehendaki.Kami kerap menggunakan ciri-ciri ini dan ianya sangat membantu.

[heading size="18" margin="30"]BATERI 2300 MAH[/heading]

Menggunakan hardware berspesifikasi tinggi seperti Snapdragon 800 processor, Adreno 330, 1080p HD screen dan ram 2GB memerlukan bateri bersaiz besar bagi memastikan ianya mampu bertahan sekurang-kurangnya sehari.Berbeza dengan Nexus 5 dimana ia hanya menggunakan bateri bersaiz 2300mAh.

Ini mengecewakan ramai peminat Nexus 5 termasuk kami di soleheen.com memandangkan kebanyakkan smartphone dalam kelas yang sama menggunakan bateri bersaiz lebih besar dan mampu bertahan untuk jangka masa yang memuaskan hati.Walaubagaimanapun, antara perkara pelik yang kami alami ialah, prestasi bateri pada Nexus 5 tidak konsisten.

Cara penggunaan yang sama, setting phone yang sama akan tetapi berbeza hasil penggunaan bateri.Perkara ini turut diakui oleh pihak The Verge dalam review mereka.Purata bateri akan bertahan selama 9-10 jam dengan mobile data 24 hours on dan screen on time sekitar 4-5 jam.

[heading size="18" margin="30"]CAMERA 8MP[/heading]

Google dilihat dalam pengeluaran siri Nexus mereka tidak pernah memfokuskan kepada kualiti kamera namun Nexus 5 ketika diperkenalkan ia membawa tagline “Made to capture the moments that matter” dimana mereka cuba untuk melakukan peningkatan terhadap fungsi kamera Nexus 5 .Beberapa fungsi baru dimasukkan seperti HDR+ , Photosphere baru termasuk menggunakan teknologi Optical Image Stabilization (OIS) , kualiti gambar yang dihasilkan lebih baik berbanding Nexus 4 namun masih belum mencapai tahap terbaik.Masih terdapat kekurangan yang perlu diselesaikan oleh Google.

Contoh gambar menggunakan mode HDR+ pada Nexus 5

Jika anda menggunakan smartphone dengan teknologi kamera yang lebih baik seperti megapixsel yang lebih besar, anda mungkin akan mendapati kualiti gambar Nexus 5 sedikit mengecewakan.Pengalaman menggunakan Xperia ZR dengan 13MP camera membuatkan kami merindui kamera sony tersebut apabila menggunakan Nexus 5 sebagai phone utama untuk urusan seharian.

Berbalik kepada fungsi sebuah smartphone, ianya direka bukan untuk menangkap gambar.Hakikatnya, 8MP + OIS pada Nexus 5 sudah lebih dari cukup untuk anda mengambil gambar untuk dikongsi pada Instagram , Facebook dan laman sosial yang lain.Seperti biasa, anda boleh mendapatkan DSLR jika inginkan kualiti gambar yang lebih baik.

[heading size="18" margin="30"]VIDEO REVIEW NEXUS 5[/heading]

[heading size="18" margin="30"]KESIMPULAN[/heading]

Nexus 5 merupakan smartphone yang membuatkan kami sangat teruja sejak khabar angin mengenainya tersebar luas.Merupakan smartphone pertama yang menggunakan android 4.4 Kit Kat ditambah dengan spesifikasi canggih, ianya merupakan smartphone paling berbaloi untuk dimiliki dengan harga yang sangat murah.

Terlalu banyak kelebihan yang boleh disenaraikan namun terdapat juga kekurangan yang dirasakan tidak patut dimiliki oleh flagship device milik Google ini.Antara kelebihan dan kekurangan utama yang dapat kami senaraikan ialah :

[heading size="18" margin="30"]KELEBIHAN LG NEXUS 5[/heading]

– Smartphone high-end pertama yang menggunakan android 4.4 Kit Kat.
– Harga yang jauh lebih murah berbanding smartphone high-end yang lain.
– Sangat smooth, sangat laju tanpa sebarang lag.
– Antaramuka Kit Kat yang minimal, kemas dan menarik.
– Tiada bloatware.
– Kemaskini android terbaru terus dari Google.
– Skrin yang sangat tajam serta terang.
– Rekabentuk body yang menarik, bersifat plastik tapi dengan premium feels.
– Ringan.Sangat ringan.

[heading size="18" margin="30"]KEKURANGAN LG NEXUS 5[/heading]

– Kamera masih di tahap hanya memuaskan
– Lokasi speaker yang tidak berapa sesuai kerap terhalang oleh tapak tangan.
– Kekurangan slot sdcard, akan tetapi 32GB sebenarnya sudah lebih dari cukup buat kami.
– Bateri yang agak mengecewakan.
– Body mudah rosak, melekuk jika terlanggar atau terjatuh.

LG Nexus 5 boleh didapati daripada penjual tempatan iaitu TechBug.My,lawati laman web mereka untuk membuat tempahan.Anda boleh ikuti akaun rasmi Instagram soleheen untuk lebih banyak gambar Nexus 5 dan gajet-gajet lain.Jadi apa pendapat anda mengenai Goggle Nexus 5 ini, adakah ianya smartphone yang anda cari selama ini ?

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

10 Comments

  1. Hi Soleheen. Thanks. I mmg look forward for this phone keluar in Malaysia. However, I dengar semua AP set shj yg keluar kat Malaysia. If you don’t mind me asking, is it true? :/

  2. Pingback: Review Kelebihan Dan Kekurangan OPPO N1 CM Edition - SOLEHEENDOTCOM

  3. Sebenarnya saya masih lagi menunggu pihak LG membawa masuk perkakasan (hardware) telefon pintar Google Nexus 5 masuk ke Malaysia terutama skrin pendigit (digitizer) tetapi sehingga sekarang masih tiada khabar berita.

    Memang tidak dapat dinafikan kebanyakkan pendigit yang dijual di lawan sesawang terutamanya di luar negara agak murah tetapi kos penghantarannya agak tinggi.

TINGGALKAN KOMEN ANDA