Google Gantikan “Nexus 8” Dengan Nexus 7 Pada Gambar Nexus 8 Yang Tersebar Awal?

2
415 views
views

Jika sebelum ini kami pernah post artikel mengenai Nexus 8 yang ditunjukkan secara tidak sengaja oleh Google di laman web rasmi mereka Android.com.Nexus 8 tersebut dilihat dipegang oleh seorang wanita dan jelas kelihatan mempunyai rekabentuk yang berbeza daripada tablet Nexus 7 serta menggunakan android 4.4 Kit Kat.

Nexus 8

Dalam perkembangan terbaru, Google dilihat telah pun menukar gambar tersebut dengan gambar Nexus 7 juga di pegang oleh wanita yang sama.Tindakan tersebut dikatakan diambil untuk mengelakkan orang ramai tahu mengenai tablet terbaru mereka.

The Verge sebelum ini menyatakan Google tidak pernah menggunakan gambar palsu atau produk yang tidak pernah wujud dalam promosi mereka.Terdapat juga pihak yang mengatakan Google sengaja membocorkan gambar tersebut, mengikut “tradisi” yang selalu dilakukan iaitu membocorkan gambar produk yang bakal dilancarkan (rujuk video pengenalan Android Kit Kat yang secara “tidak sengaja” mendedahkan Nexus 5 yang kini telah pun dilancarkan secara rasmi.)

Walaubagaimanapun, ini hanya bersifat khabar angin dan masih tiada maklumat rasmi mengenai perkara ini.

sumber | via

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here