Nexus 5 merupakan antara android beast milik Google dengan spesifikasi hebat yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 1 November 2013 yang lalu.Smartphone siri terbaru Nexus ini dijangka memberi saingan hebat terhadap beberapa smartphone spesifikasi tinggi yang lain seperti HTC ONE , HTC Butterfly S , Xperia Z1 , Samsung Galayx S4 dan juga iPhone 5/5S.
Dalam artikel kali ini, kami akan nyatakan beberapa sebab mengapa anda patut membeli LG Nexus 5 berbanding smartphone-smartphone lain yang berada di dalam pasaran ketika ini.Nexus 5 dilihat mempunyai beberapa kelebihan utama yang patut anda nilai sebelum membuat pilihan.
LAJU, SMOOTH SERTA PANTAS
Dengan quad-core processor Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz , Nexus 5 kini bersaing dengan beberapa smartphone Snapdragon 800 yang lain seperti LG G2 , Xperia Z1 dan pada masa yang sama turut bersaingan dengan iPhone 5S.Dalam siri ujian Benchmark yang dilakukan oleh PhoneArena, Google Nexus 5 berjaya mengatasi Xperia Z1, Samsung Galaxy S4 serta HTC One dan berada separas dengan iPhone 5S.
SMARTPHONE ANDROID PERTAMA YANG AKAN DIKEMASKINI APABILA ANDROID VERSI BARU KELUAR
Seperti yang anda ketahui, Nexus merupakan siri smartphone serta tablet milik Google dan Nexus 5 merupakan flagship device mereka untuk tahun 2013.Seperti kebiasaan, Google akan mengutamakan smartphone mereka terlebih dahulu untuk dikemaskini secara terus sebaik sahaja android baru dilancarkan.
Berbeza jika anda menggunakan smartphone seperti Samsung, Sony , HTC ataupun LG dimana terdapat kemungkinan bahawa mereka tidak akan mengeluarkan update yang sama untuk smartphone sendiri atau mungkin lambat untuk mengeluarkan kemaskini baru.Pilihan lain yang ada ialah menggunakan custom rom.
HARGA YANG MURAH (sangat murah!)
Ini merupakan kelebihan utama Google Nexus.Google mengambil langkah bijak dengan menawarkan peranti terhebat mereka pada harga yang amat murah dan jauh berbeza dengan pesaing yang ada di dalam pasaran.Menggunakan spesifikasi hebat yang sama seperti flagship device yang lain, harga Nexus 5 boleh dikatakan 2 kali ganda lebih murah berbanding smartphone-smartphone tersebut.
Di Malaysia, walaupun tidak ditawarkan secara rasmi buat masa ini, terdapat beberapa penjual tempatan yang membawa masuk Nexus 5 untuk ditawarkan kepada pengguna Malaysia.Antaranya ialah Techbug yang menawarkan smartphone tersebut pada harga sekitar RM1499 (16GB) dan RM1599(32GB).
CLEAN & PURE ANDROID 4.4 KIT KAT
Nexus 5 merupakan smartphone pertama dan satu-satu nya buat masa ini yang menggunakan android 4.4 Kit Kat secara rasmi.Walaubagaimanapun, Google telah menjanjikan kemaskini yang sama untuk Nexus 4 dan Nexus 7 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.Android 4.4 Kit Kat dilancarkan dengan beberapa fungsi baru yang amat menarik dimana ianya turut didatangkan dengan antaramuka baru berbeza dengan android sebelumnya.
Pure android 4.4 Kit Kat juga memberi kelebihan kepada Nexus 5 dimana ianya tidak dipenuhi dengan bloatware / useless apps seperti smartphone jenama lain.Seperti anda tahu, menggunakan pure android pada smartphone masing-masing merupakan satu kelebihan.
DESIGN REKABENTUK BODY YANG MENARIK
Bagi kami, Nexus 5 merupakan antara smartphone dengan rekabentuk premium dan solid.Skrin yang besar + bezel yang kecil menjadikan skrin nya seakan memenuhi ruang smartphone tersebut.Rekabentuk menarik + spesifikasi hebat pada harga yang amat murah berbanding smartphone dalam kelas yang sama, merupakan antara faktor yang patut anda nilai.
Jadi , berapa ramai antara anda yang akan memiliki Google Nexus 5 ini ?
Kire phone jename nexus ni satu2 pure android ? Reply me admin
Ada lagi phone lain yg guna pure android…HTC ONE Google Edition..Galaxy S4 Google Edition n Motorola Moto X..
Sorry admin masih tak paham lagi ape itu pure android, kat soleheen.com ade tak cite pasal pure android nih?
Pure android ni, android asal n asli dari Google tanpa sebarang perubahan dilakukan.Android yg ada pd smartphone samsung,sony,htc etc2 tu semua android versi yg dah diubah n ditambah dengan aplikasi milik jenama tu sendiri…
Ok2 paham , thanks admin (y)
Admin.. boleh tak kalau kita nak gunakan pure android?
agak jenuh care dye,,
Pure Android,,android tanpa bloatware,,:)
Isa AquaSerius CroNz guna rom cm10.2 …ada rasanya dekat xda dev.
Utk s4 octa boleh ker?
camera ok x dr galaxy? galaxy note ngn fon ni mn ok?
Siapa2 yang nak beli ‘skin’ untuk phone nexus bole beli online di http://digicify.com/skinze/#.VQozWI6Uc1I