Nexus 5 Berjaya Di Root Sehari Selepas Pelancaran Rasmi

7
788 views
views

Nexus 5 Berjaya Di Root Sehari Selepas Pelancaran Rasmi , Chainfire, seorang Elite Developer di XDA Dev berjaya mendapatkan akses root pada LG Nexus 5 sehari selepas smartphone pure android tersebut dilancarkan.

Chainfire telah memperkenalkan CF Auto Root dimana ianya berfungsi untuk memudahkan lagi proses root android smartphone yang terdapat di pasaran termasuk Nexus 5.

google-nexus-5-01

Bagi yang sedang menantikan ketibaan Nexus 5 masing-masing, untuk root Nexus 5 anda , apa yang perlu dilakukan ialah download file zip CF Auto Root , extract file tersebut, masuk ke dalam Fastboot mode, sambungkan phone anda dan run command yang diberikan melalui komputer.

Software root ini sesuai untuk hampir semua sistem operasi komputer yang ada termasuk Windows, Linux dan juga MacOS cuma pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan.Rujuk link thread di XDA Dev untuk arahan yang lebih lengkap.

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here