HTC M8 Bakal Menggunakan Snapdragon 800 Processor dan Android 4.4 Kit Kat

0
344 views
views

HTC M8 Bakal Menggunakan Snapdragon 800 Processor dan Android 4.4 Kit Kat , sebelum ini kami pernah terbitkan artikel mengenai khabar angin HTC M8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi sebagai pengganti kepada HTC One (M7) .Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai smartphone tersebut selain daripada beberapa keping gambar yang tersebar.

Pihak evleaks dalam tweet mereka baru-baru ini mendedahkan bahawa HTC M8 bakal dilengkapi dengan skrin HD 1080p bersaiz 5 inci , Snapdragon 800 processor dan juga Android 4.4 Kit Kat.

Smartphone tersbeut dijangka bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan , sedikit terlewat untuk memberi saingan kepada smartphone Snapdragon 800 yang lain seperti Xperia Z1 , Google LG Nexus 5 dan Samsung Galaxy Note 3.

HTC M8 bakal menggunakan rekabentuk badan yang hampir sama seperti HTC M7 akan tetapi dilengkapi dengan fingerprint scanner di bahagian belakang sama seperti HTC One Max.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here