Evolusi Google Nexus – Kenali Siri Google Nexus Smartphone

7
801 views
views

daVR92d_thumb

HTC NEXUS ONE

Merupakan smartphone pertama dalam siri Nexus.Dikeluarkan dibawah HTC, Nexus One dilancarkan secara rasmi pada Januari 2010 dengan spesifikasi hebat pada waktu itu.Menggunakan 1GHz Qualcomm Scorpion processor + Adreno 200 GPU dan 512MB RAM, smartphone ini turut menggunakan AMOLED screen , 5MP camera pada bahagian belakang termasuk trackball yang membenarkan pengguna untuk scroll tanpa perlu touch screen.Nexus One didatangkan dengan android 2.1 kemudian menerima kemaskini android 2.2 Froyo dan terkahir menerima kemaskini android 2.3 Gingerbread.

SAMSUNG GALAXY NEXUS S

Nexus S diperkenalkan sejurus selepas Nexus One dikeluarkan iaitu pada bulan Disember 2010 dan dikeluarkan oleh Samsung.Didatangkan dengan android 2.3 Gingerbread , Nexus S menggunakan 1GHz single-core ARM Cortex-A8 processor , PowerVR SGX 540 GPU dengan kelajuan 200MHz dan 512MB RAM.Ianya merupakan smartphone pertama yang boleh dijadikan sebagai WiFi-Hostpot termasuk menjadi smartphone pertama yang dilengkapi dengan cip NFC.

Jualan Nexus S tidak memberangsangkan dimana ramai pengguna menolak smartphone tersebut atas sebab kekurangan sdcard slot, processor yang agak ketinggalan pada waktu itu dan tidak menyokong fungsi HSPA+ atau 4G.Kemaskini terakhir yang diterima Nexus S ialah android 4.1 Jelly bean yang dilancarkan di Google I/O 2012.

SAMSUNG GALAXY NEXUS

Galaxy Nexus merupakan siri Nexus seterusnya yang dikeluarkan oleh Samsung.Menggunakan dual-core 1.2GHz dual-core OMAP 4 SoC processor , 1GB Ram dan android 4.0 Ice Cream Sandwich.Smartphone ini turut menyokong MHL melalui micro-USB yang membenarkan pengguna untuk menyambung phone ke HDTV.

Kemaskini terakhir untuk Galaxy Nexus ialah android 4.3 Jelly bean dan malangnya, Google memilih untuk tidak mengeluarkan kemaskini Android 4.4 Kit Kat untuk smartphone tersebut.Walaubagaimanapun,, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan custom rom.

LG NEXUS 4

Merupakan siri Nexus keempat dikeluarkan oleh LG, Nexus 4 merupakan smartphone pertama yang menggunakan android 4.2 Jelly bean.Smartphone ini didatangkan dengan quad-core 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro processor + Adreno 320 GPU dan 2GB  RAM.Ianya juga merupakan antara android smartphone terbaik pada ketika itu.

Disebalik kecanggihan yang dimiliki, Nexus 4 mempunyai beberapa isu serius antaranya masalah stok tidak mencukupi pada awal pelancaran disebabkan permintaan yang terlalu tinggi , body kaca yang mudah calar serta retak, smartphone terlalu cepat menjadi panas dan kekurangan ciri-ciri LTE yang sepatutnya dimiliki.

LG NEXUS 5

Nexus 5 baru sahaja dilancarkan pada 1 November 2013 yang lalu dengan spesifikasi hebat dan rekabentuk body yang menarik.Ianya merupakan smartphone android pertama yang mengunakan android 4.4 Kit Kat yang turut diperkenalkan secara rasmi pada hari yang sama.Antara spesifikasi Nexus 5 ialah menggunakan Quad-core snapdragon 800 processor berkelajuan 2.3GHz + Adreno 330 , 1080p Corning Gorilla Glass 3 HD skrin bersaiz 5 inci, 8MP camera dengan teknologi OIS [Optical Image Stabilization] , NFC, Bluetooth 4.0 LE, 16/32GB internal memori tanpa sokongan sdcard slot dan bateri bersaiz 2300mAh.

Jadi, siri Google Nexus yang manakah pernah anda miliki?

7 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here