Galaxy Note 2 N7100 Terima Android 4.3 Jelly Bean Secara Rasmi – Lebih Stabil Dan Smooth

21
1,891 views
views

Galaxy Note 2 Terima Android 4.3 Jelly Bean Secara Rasmi mulai hari ini dimana kemaskini itu dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu, dan setakat yang kami semak, Malaysia masih lagi belum menerima android 4.3 tersebut.

Samsung Galaxy Note 2 yang sebelum ini menggunakan android 4.1 Jelly bean kini menerima android 4.3 Jelly bean tanpa perlu di update ke android 4.2 terlebih dahulu.Beberapa perubahan dapat dilihat dimana kini ianya lebih menyerupai Samsung Galaxy S4.Berikut ialah perubahan yang dilakukan oleh Samsung :

– Sokongan terhadap GALAXY GEAR diperkenalkan.
– Ciri-ciri TRIM dimasukkan (Menjadikan smartphone lebih pantas)
– Samsung KNOX
– Samsung Wallet
– Penggunaan serta pengurusan RAM yang lebih baik.
– Menggunakan tema yang sama seperti Galaxy S4.
– Samsung Keyboard baru.
– GPU drivers dikemaskini, score GPU Benchmark lebih tinggi.
– Lockscreen baru diperkenalkan: Multiple Widgets, ripple effect yang lebih baik , saiz jam serta personal message kini boleh diubah.
– Screen modes baru menyerupai Galaxy S4.
– Daydream
– Driving mode
– Notifikasi baru.
– Fungsi Move-to-SD-card diperkenalkan.
– Camera mode baru dimasukkan : Sound and Shot
– Notification Centre ditambahbaik.
– Antaramuka Settings baru menyerupai Galaxy S4.
– Fungsi Voice controls serba baru, membenarkan anda mengawal phone menggunakan arahan suara.
– Samsung Apps baru seperti Calculator, Clock, Contacts, Gallery, Music.
– S-Voice baru seperti yang terdapat pada Galaxy S4.

Bagi anda yang tidak mahu menunggu update tersebut melalui KIES , proses kemaskini boleh dilakukan secara manual melalui Odin menggunakan firmware India.Kami akan mengeluarkan tutorial ringkas cara flash firmware tersebut dalam masa terdekat.

sumber : sammobile

21 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here