Cara Upgrade Galaxy Note 2 N7100/N7105 Ke Android 4.3 Jelly Bean

23

Cara Upgrade Galaxy Note 2 N7100/N7105 Ke Android 4.3 Jelly Bean , bagi anda yang masih tidak mengetahui, pihak Samsung telah pun mengeluarkan kemaskini rasmi Android 4.3 Jelly Bean untuk Galaxy Note 2 N7100 dan juga N7105 (lte).Walaubagaimanapun, kemaskini tersebut dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu.

Buat masa ini, hanya pengguna di India sahaja yang menerima Android 4.3 melalui OTA dan juga KIES manakala bagi pengguna Malaysia, kemaskini tersebut masih belum dikeluarkan untuk pengguna di negara ini.Dalam artikel kali ini, kami akan menunjukkan cara-cara untuk upgrade smartphone anda menggunakan cara manual tanpa perlu merosakkan warranti masing-masing.

Ikuti langkah-langkah mudah dibawah untuk kemaskini Galaxy Note 2 anda secara manual :

PERINGATAN

– Pastikan anda telah pun melakukan backup segala data yang ada pada phone anda.
– Pastikan segala driver smartphone anda telah pun diinstall pada komputer masing-masing bagi memastikan Odin dapat mengesan smartphone anda.
– Download segala file yang disediakan dibawah.

DOWNLOAD

Android 4.3 Jelly Bean Firmware

Odin v3.0.9

CARA – CARA UPGRADE GALAXY NOTE 2 KE ANDROID 4.3 JELLY BEAN

1- Download firmware android 4.3 Jelly bean kemudian extractkan kedalam 1 folder.
2- Buka Odin 3.09 yang telah di download tadi.
3- Masuk ke download mode dengan cara tekan butang Home + Power + Volume down secara serentak.
4- Sambungkan phone ke komputer dan tunggu Odin kesan phone anda dimana kotak ID:COMM akan bertukar warna biru.
5- Tekan bahagia AP dan masukkan file HOME.tar.md5 yang diextract tadi.
6- Jangan tick pada bahagian Re-Partition.
7- Tekan start dan tunggu sehingga proses selesai.
8- Selesai proses , hidupkan phone anda dan masuk ke mode recovery Home+power+vol up.
9- Pilih wipe data / factory reset.
10 – Reboot dan enjoy.

Pastikan anda melakukan proses wipe data / factory reset bagi memastikan smartphone tersebut berfungsi dengan baik , smooth dan laju tanpa sebarang masalah.Antara perubahan yang ada pada kemaskini 4.3 Jelly bean kali ini boleh dirujuk pada artikel Samsung Galaxy Note 2 Terima Android 4.3 Secara Rasmi.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

23 Comments

  1. mohd aroff suratman on

    As salam bro,
    Saya guna NT-7105, boleh ke guna firmware yang sama untuk NT-7100? Kalau boleh, ada apa2 perbezaan dari segi perfomance atau stability memandangkan upgrade untuk kedua-dua model ni dikeluarkan secara berasingan oleh samsung?

    Terima kasih bro.

  2. saya telah.update 4.3 jellybean guna wifi dengan setting di phone note 2. selepas update ada sebilangan software bila saya klik ikon paparannya lambat keluar. adakah sy perlu backup data baru boleh update guna wifi.

  3. 04.02.2014 tak boleh download…lepas habis download je…ia complete..tapi bila nak unzip or baca file tu..file tu corupt…ada link or mirror lain x..

TINGGALKAN KOMEN ANDA