Android 4.4 Kit Kat Dialer Bakal Mengandungi Iklan Google itu antara perkara yang dijumpai oleh Android Police apabila melihat dengan lebih mendalam file APK dialer tersebut.Perkara tersebut dijumpai pada bahagian strings code yang terdapat pada apk aplikasi itu.
<string name=”enable_disable_advertisements”>Advertisements</string>
<string name=”advertisements_enable”>Advertisements enabled</string>
<string name=”advertisements_disable”>Advertisements disabled</string>
Jika dilihat pada code diatas, pengguna akan mempunyai pilihan samada untuk enable atau disable iklan pada Dialer.Namun setakat ini masih tidak diketahui bagaimana bentuk iklan yang bakal diperkenal atau bila ia akan diperkenalkan.
Bagi kami ini sesuatu yang agak mengejutkan apabila fungsi asas pada sesebuah smartphone turut ingin dimasukkan iklan, sesuatu yang kurang wajar untuk dilakukan.Akan tetapi seperti biasa pengguna masih mempunyai pilihan lain untuk menggunakan aplikasi dialer lain yang terdapat di Play Store.
Walaubagaimanapun, masih tiada info atau maklumat rasmi mengenai perkara ini.
sumber – Android Police
look at the bright side.. boleh iklan soleheen.com & TechBug 😉
hahaha!
Muzamil Hanafiah nice but only if we can afford to pay them haha.
Kalau update kt sony centre bleh ke? Nk buat sndiri x tahu takut rosak
Epoh Lovely U Witluv update apa?