Sony Bakal Memperkenalkan Xperia Z1S Dan Xperia Taichi November Ini ?

Xperia Z1S atau lebih dikenali sebagai Xperia Z1 Mini merupakan antara smartphone terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Sony Mobile bagi menyertai siri smartphone mini jenama lain.Bersaiz 4.3 inci, ianya bakal menggunakan spesifikasi yang sama terdapat pada Xperia Z1 dan merupakan smartphone mini pertama menggunakan spesifikasi canggih.

Xperia Z1S dikatakan merupakan Xperia Z1 f versi antarabangsa

Sony dikatakan bakal mengadakan acara khas bertempat di Shanghai dan dijangka akan mengumumkan 2 peranti baru iaitu Xperia Z1S dan juga phablet terbaru mereka bersaiz 6 inci yang dikenali dengan codename Xperia Taichi.

Antara spesifikasi ringkas Z1 Mini ialah ianya bakal menggunakan 720p HD skrin bersaiz 4.3 inci, Quad-core CPU Snapdragon 800, 20MP G-Lens camera dan turut mempunyai ciri-ciri kalis air serta habuk.

Xperia Z1 f yang diperkenalkan khas untuk pasaran Jepun

Bagi Xperia Taichi pula, masih tiada sebarang info rasmi yang dikongsikan oleh Sony namun khabar angin mengatakan bahawa ianya merupakan sebuah phablet bersaiz 6 inci yang akan menggunakan chip MediaTek dan berada dalam kelas pertengahan.

Dalam satu perkembangan lain, Sony telah pun melancarkan Sony Xperia Z1 f secara rasmi untuk pasaran Jepun dimana ianya merupakan Xperia Z1 versi mini dengan spesifikasi serupa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here