Xperia L Terima Kemaskini Android 4.2 Jelly Bean – Firmware 15.3.A.0.26

5
666 views
views

Xperia L Terima Kemaskini Android 4.2 Jelly Bean – Firmware 15.3.A.0.26, Sony Xperia L akhirnya menerima kemaskini android 4.2 Jelly bean selepas dilancarkan secara rasmi tidak lama dahulu.

Selain versi android yang diupgrade ke 4.2 Jelly bean, kemaskini firmware 15.3.A.0.26 tersebut membawakan beberapa perubahan besar seperti yang dijangka terutama pada bahagian camera smartphone tersebut.

Beberapa perkara lain turut dimasukkan antaranya home launcher baru, Sony Media Apps seperti walkman, album dan movies yang dikemaskini dan ciri-ciri Burst Mode serta Auto Scene Recognition dimasukkan kedalam aplikasi camera.

Kemaskini ini dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu dimana anda boleh menyemak kemaskini untuk phone masing-masing melalui PC Companion dan Sony Update Service.

Update secara manual juga boleh dilakukan dengan cara download kemudian flash firmware baru tersebut menggunakan Flashtool.Kami akan sertakan download link untuk file firmware smartphone tersebut dalam masa terdekat ini.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here