Review Kelebihan Dan Kekurangan Sony SmartWatch 2

review smartwatch 2 3Review Kelebihan Dan Kekurangan Sony SmartWatch 2 , Sony SmartWatch 2 merupakan jam tangan pintar kedua milik Sony selepas generasi pertama SmartWatch diperkenalkan tidak lama dahulu.Didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik, SmartWatch 2 menjanjikan pengalaman menarik ketika menggunakannya.

Kami berkesempatan untuk melakukan review mengenai kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada jam tangan pintar ini untuk melihat sejauh mana kehebatan yang ada pada smartwatch tersebut.Ikuti review penuh di bawah.

 

SPESIFIKASI

Selain dilengkapi dengan ciri-ciri asas seperti sambungan Bluetooth dan sebagainya, Sony SmartWatch 2 mempunyai ciri-ciri unik nya yang tersendiri dan mampu menarik perhatian pembeli.Antara spesifikasi penuh jam tersebut ialah :

[column size=”one-third”]
  • SmartWatch
  • Transflective Skrin LCD bersaiz 1.6 inci
  • Didatangkan dalam 2 versi iaitu Silicon Strap dan juga Metal Strap (Stainless Steel)
  • Pixels: 220×176
[/column] [column size=”one-third”]
  • Bluetooth 3.0
  • Sesuai untuk Androd 4.0 ICS dan keatas.
  • Dilengkapi Micro USB untuk fungsi pengecasan.
  • Kalis air dengan IP57 standard
  • Sambungan NFC
[/column] [column size=”one-third” last=”true”]

BATERI

  • Mampu bertahan selama 7 hari dengan penggunaan paling minimal.(Tanpa OFF jam)
  • Mampu bertahan selama 3-4 hari dengan penggunaan normal.
[/column]

Jika dilihat pada spesifikasi jam ini, antara yang paling menarik perhatian kami ialah ciri-ciri kalis air yang diperkenalkan termasuk fungsi NFC bagi memudahkan penyambungan jam kepada smartphone dengan hanya 1 sentuhan.Mungkin bagi anda fungsi kalis air pada jam merupakan satu perkara yang lama dan biasa sahaja, namun harus diingat, Sony SmartWatch 2 merupakan sebuah jam tangan pintar dengan pelbagai kebolehan.

Silicon Strap yang ada pada jam ini sangat ringan serta selesa untuk dipakai.Anda akan dapat merasakan jam pintar tersebut berada kemas pada pergelangan tangan manakala Metal strap menjadikannya kelihatan elegan dan premium.

KOTAK BUNGKUSAN [ OUT OF THE BOX]

review smartwatch 2 1

Perkara biasa yang anda akan perolehi ketika membeli barangan gajet, bungkusan SmartWatch 2 disertakan dengan manual guide, warranty card, USB Cabel dan juga SmartWatch 2.

SONY SMARTWATCH 2 [ A CLOSER LOOK ]

review smartwatch 2 3

Rekabentuk jam tangan pintar ini bagi kami merupakan antara yang paling elegan dan menarik.Menggunakan konsep rekabentuk yang sama pada Sony Xperia Z dan juga Xperia Z1 menjadikannya nampak ekslusif dan premium.

Transflective skrin (transmissive + reflective) yang terdapat pada jam ini menjadikannya selalu on, sangat mudah dilihat dibawah pancaran matahari terik (tanpa perlu lindungi skrin dengan tangan) dan menjimatkan bateri.

Walaupun tidak sehebat teknologi SuperAmoled dan secerah skrin pada Samsung Galaxy Gear (jam tangan pintar milik Samsung) , Transflective skrin pada Sony SmartWatch 2 ini sudah lebih dari cukup untuk sebuah jam tangan generasi awal ini (sudah tentu kami ingin melihat jam tangan pintar dengan skrin lebih hebat seperti 1080p HD atau Triluminos Display)

Dari segi respons terhadap touch screen jam tangan pintar ini, bagi kami agak baik.Sony telah pun mengeluarkan kemaskini untuk SmartWatch 2 minggu lepas dimana mereka telah menambah baik software jam tersebut dan menjadikannya lebih smooth dan lancar.

USB port terletak di sebelah kiri jam tersebut lengkap dengan penutup cover ( bagi fungsi kalis air) untuk pengecasan manakala butang on/off terletak di sebelah kanan.Untuk jam ini, Sony menggunakan butang on/off yang sama seperti yang ada pada smartphone Xperia Z series.

SAMBUNGAN MELALUI NFC / BLUETOOTH 3.0

review smartwatch 2 4

Sony SmartWatch 2 merupakan jam pintar pertama yang dilengkapi dengan teknologi NFC yang akan memudahkan pengguna untuk menyambungkan jam kepada smartphone.Sambungan melalui bluetooth boleh digunakan jika smartphone anda tidak mempunyai fungsi NFC.

[alert type=”info”]SmartWatch 2 hanya sesuai dengan smartphone yang menggunakan android 4.0 ICS dan keatas sahaja.[/alert]

Untuk penyambungan kali pertama, anda hanya perlu sentuh bahagian belakang jam tersebut kepada smartphone dan ikuti arahan yang dipaparkan.Aplikasi Smart Connect dan SmartWatch 2 diperlukan untuk melengkapkan sambungan dimana aplikasi tersebut akan berfungsi sebagai manager jam pada smartphone.

PENGGUNAAN BATERI

review smartwatch 2 5

Sony mengatakan, jam pintar mereka mampu bertahan selama 7 hari untuk penggunaan minimum dan 3 ke 4 hari untuk penggunaan normal.Dalam review yang dilakukan, kami menggunakan jam tersebut secara maksima (heavy usage) dimana kesemua notifikasi dari aplikasi serta sistem phone pada Xperia ZR di syncronised kepada jam tersebut,hasil nya SmartWatch 2 ini mampu bertahan hampir 3 hari.

Anda mempunyai pilihan untuk memilih aplikasi mana yang ingin di syncronised kan kepada jam tersebut, disamping mengubah setting dari segi display brightness, vibrate dan on/off  fungsi bluetooth yang mana mampu menjimatkan lagi bateri jam tersebut.

ANTARAMUKA JAM (USER INTERFACE)

Menjadi trademark Sony dimana mereka menggunakan icon yang sama terdapat pada smartphone Xperia.Anda diberi pilihan untuk menukar antaramuka jam dimana terdapat kira-kira 4 pilihan jam untuk digunakan.Pilihan watchfaces yang diberikan oleh Sony agak terhad dan ini agak mengecewakan kami.

FUNGSI DAN APLIKASI SOKONGAN

Sehingga kini terdapat kira-kira 200++ aplikasi untuk Sony SmartWatch dan semakin bertambah.Bagi kami, smartwatch 2 sesuai untuk digunakan sebagai “notification centre” yang memaparkan notifikasi pada smartphone anda dengan lebih mudah tanpa perlu melihat kepada phone itu sendiri.

Ini sangat membantu ketika anda sibuk berada di dalam mesyuarat, dalam kelas atau di tempat kerja dan tidak sempat untuk membelek phone masing-masing.

Melalui aplikasi sokongan yang disediakan, anda boleh menerima/menolak panggilan phone, menelefon rakan, menghantar template message, membaca email, twitter, facebook, membaca nota dan 1001 perkara lain yang boleh dilakukan termasuk mengambil gambar menggunakan aplikasi Smart Camera (jam digunakan sebagai shutter key).

HARGA PASARAN

Sony SmartWatch 2 boleh mula  didapati di Sony Online Store pada harga RM750 untuk versi silicon strap dan RM850 bagi versi metal strap.Anda boleh mendapatkan jam tangan pintar ini pada harga lebih murah melalui TechbugMy.

APA YANG KAMI SUKA ?

– Rekaan yang premium, elegan serta menarik.
– Ringan dan kemas.
– Membantu memudahkan urusan anda e.g. membaca email,menguruskan smartphone dll.
– Kalis air dan debu.- Aplikasi sokongan yang lebih banyak berbanding Galaxy Gear
– Lebih murah
– Tali jam yang boleh ditukar ganti.
– Fungsi vibrate yang agak kuat memudahkan anda untuk menyedari notifikasi masuk.

Pertama kali menggunakan jam ini membuatkan kami agak teruja dengan fungsi yang terdapat padanya yang mana boleh dikatakan sebagai “beyond expectation” .Kami menjangkakan ianya sebuah product yang tidak mampu menarik minat pengguna disamping ragu-ragu dengan kemampuan nya terutama dari segi bateri.Ternyata segala sangkaan tersebut meleset.

APA YANG KURANG ?

– Notifikasi yang dipaparkan pada jam pintar ini tidak di syncronise kepada phone walaupun notifikasi tersebut telah dibaca, notifikasi asal pada phone masih ada dan perlu di clear kan sendiri.
– Pilihan Watchfaces yang terlalu sedikit.
– Aplikasi sokongan yang masih sedikit.
– Butang on/off agak besar dan boleh menjadi longgar jika terlalu kerap ditekan.

KESIMPULAN

Masih banyak perkara yang boleh ditambah baik pada jam tangan pintar ini.Namun, memikirkan ianya masih lagi baru dalam dunia teknologi, apa yang ditawarkan oleh SmartWatch 2 ini sangat berbaloi dan dapat membantu memudahkan lagi kehidupan sibuk anda.

Dengan trend smartphone yang semakin besar, tablet yang semakin banyak, SmartWatch 2 membantu anda menguruskan notifikasi dan urusan anda tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan smartphone dari poket atau tablet dari beg ketika anda sibuk.

Anda tidak akan terlepas panggilan penting dek kerana tak sedar phone berada di dalam poket atau beg disamping boleh menolak panggilan tanpa perlu mengeluarkan phone.Mesej template yang boleh diubah mengikut kesusaian anda juga boleh dihantar terus melalui jam tangan pintar ini.

DISCLAIMER

techbugmy

Review Sony SmartWatch 2 ini dibawakan khas oleh SOLEHEENDOTCOM dengan kerjasama TechBugMY selaku rakan kami.Anda boleh mendapatkan pelbagai gajet melalui pihak TechbugMY antaranya Nexus 5 (pre-order) , Nexus 7 2013 LTE , HTC One GE dll.Lawati laman web mereka atau facebook page TechbugMY untuk lebih info.

 

1 COMMENT

  1. Mohon bantuan infonya.
    kenapa sony smartwatch 2 saya di hubungkan dengan andromax t, sewaktu ada pangilan masuk tidak ada pilihan untuk answer atau reject? hanya bisa mute.

    dan jika di hubungkan dengan asus zenfone 6, sewaktu panggilan masuk hanya ada pilihan reject dan mut, tidak bisa answer dari smart watch?

    Tolong di bantu info dan review nya.
    terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here