Plant vs Zombies 2 Untuk Android Dilancarkan Secara Percuma Di Play Store – Lebih Menarik

1
530 views
views

Plant vs Zombies 2 untuk android telah pun dilancarkan secara rasmi beberapa minggu lalu di Play Store malangnya permainan tersebut hanya dilancarkan untuk pengguna di beberapa buah negara terpilih dan selebihnya perlu menunggu pelancarannya secara berperingkat.Plant vs Zombies merupakan antara game terbaik yang patut anda cuba yang menawarkan gameplay lain daripada yang lain.

Dalam siri kedua ini , beberapa perubahan besar dilakukan dimana pihak pembangun menggunakan tema It is About Time yang memfokuskan kepada pengembaraan ke zaman mesir purba.Lebih banyak tumbuhan baru diperkenalkan dengan fungsi serangan yang lebih menarik bagi melawan mumia zombie yang lebih ganas dan kuat berbanding biasa.

Screenshot_2013-10-03-23-57-57

Bagi Plant vs Zombies 2 ini , anda memerlukan smartphone yang menggunakan android 2.3 Gingerbread dan keatas , processor berkelajuan 1GHz keatas , 1GB ram dan armv7 atau dalam bahasa mudah untuk difahami, game ini hanya sesuai untuk smartphone yang berada dalam kelas pertengahan (mid-range) dan high-end dan ianya mungkin berbeza mengikut jenis smartphone anda.

SCREENSHOT

Bagi anda yang berminat, PVZ2 tidak boleh di download melalui link Play Store Malaysia namun kami telah menyediakan link untuk anda download dan mencuba permainan ini.Untuk proses install ikuti langkah dibawah :

1- Download file dibawah kemudian extract dan masukkan ke dalam memori kad anda (atau internal memori).
2- Install file apk.
3- Copy file folder com.ea.game.pvz2_row dan masukkan ke dalam folder android > obb.
4- Done.

DOWNLOAD PVZ2 + DATA

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here