Harga Sony SmartWatch 2 Di Malaysia

1
721 views
views

Harga Sony SmartWatch 2 Di Malaysia , Sony SmartWatch 2 merupakan jam tangan pintar generasi kedua milik Sony yang diberi nafas baru.Disertakan dengan beberapa ciri-ciri menarik, ianya kini boleh didapati secara rasmi di Malaysia.

Melalui tinjauan kami, Sony Store Malaysia telah pun menawarkan SMW2 dalam 2 versi iaitu versi rubber strap dan juga metal strap.Untuk rubber strap, ianya mula ditawarkan pada harga RM780 manakala bagi versi metal strap, anda boleh mendapatkannya pada harga RM850.

sony smartwatch 2 malaysia price

Berita baik bagi anda yang meminati SMW2 , terdapat penjual tempatan yang telah mula menawarkan Sony SmartWatch 2 pada harga yang jauh lebih murah dan berbaloi.Pihak Techbug mula menawarkan jam tangan pintar ini pada harga permulaan RM730 dan hanya ditawarkan dalam jumlah yang sedikit.

Antara spesifikasi Sony SmartWatch 2 secara ringkas ialah ianya dilengkapi dengan Bluetooth® 3.0 , NFC One-touch easy pairing, Aluminum body, silicon/metal wristband, Li-Polymer yang boleh bertahan selama 7 hari dengan penggunaan paling minima dan 4 hari dalam penggunaan normal, dan Transflective LCD screen bersaiz 1.6 inci.

Apa yang paling menarik ialah ciri-ciri IP57 yang terdapat pada Sony SmartWatch 2 menjadikannya sebagai sebuah jam tangan pintar yang kalis air serta mampu bertahan pada kedalaman 1 meter selama 30 minit.

Pihak kami akan membuat review lengkap dalam masa terdekat sebagai panduan kepada anda.Sama-sama kita nantikan.

sumber | Techbug | Sony Online Store Malaysia

1 COMMENT

  1. Assalamu alaikum…tolong dong tutorialnya buat upgrade kernel samsung galaxy young 5360,,bagi link nya juga ya buat custom kernel nya,,trims

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here