Harga Samsung Galaxy Round Di Malaysia – Kini Ditawarkan Penjual Tempatan

9
1,007 views
views

Harga Samsung Galaxy Round Di Malaysia, berita baik buat anda yang menunggu kemasukan Galaxy Round ke Malaysia, kini smartphone pertama dengan skrin melengkung di dunia itu boleh didapati di Malaysia.

Galaxy Round merupakan smartphone pertama di dunia yang dilancarkan dengan skrin melengkung, diumumkan secara rasmi pada awal Oktober yang lalu, Samsung mengumumkan bahawa smartphone tersebut terhad untuk pasaran Korea sahaja.

Galaxy Round hanya dikeluarkan dalam unit yang agak terhad memandangkan ianya lebih kepada percubaan Samsung untuk melihat sejauh mana penerimaan pengguna terhadap smartphone berskrin melengkung.

Antara maklumat yang kami perolehi , terdapat penjual tempatan yang mula menawarkan Galaxy Round mulai hari ini pada harga permulaan sebanyak RM3400.

Untuk rekod, antara spesifikasi ringkas Samsung Galaxy Round ialah

– 1080p HD skrin melengkung bersaiz 5.7 inci.
– 2.3GHz Snapdragon 800 processor + adreno 330.
– Android 4.3 Jelly bean.
– Internal memori 32GB + sokongan sdcard sehingga 64GB
– LTE Advance (LTE A)
– 3GB Ram
– 13MP camera + 2MP camera hadapan
– Li-Ion 2800 mAh battery

Jika dilihat dari segi spesifikasi , ianya antara smartphone terhebat di dalam pasaran dan lebih kepada Galaxy Note 3 versi melengkung.Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM3399, ianya berbaloi untuk dimiliki oleh golongan berada.

9 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here