Harga Nexus 5 Kini Rasmi – Diumumkan Secara “Tidak Sengaja” Oleh Google

2
361 views
views

Harga Nexus 5 kini rasmi selepas Google secara “tidak sengaja” mengumumkan harga smartphone Nexus 5 terbaru mereka di Play Store baru-baru ini. LG Nexus 5 dipaparkan di ruangan shop di Play Store dengan harga rasmi $349 (RM1100) bagi versi 16GB disamping beberapa siri Nexus yang lain.

Kesilapan Google tersebut di kesan oleh beberapa pengguna di US namun ianya telah di buang dari senarai jualan sejurus selepas ia tersebar secara meluas di internet.Ramai menjangkakan Google akan turut memperkenalkan Nexus 5 32GB namun masih tidak diketahui harganya.

Antara spesifikasi awal yang dikatakan bakal digunakan oleh Nexus 5 ialah :

– Didatangkan dengan android 4.4 Kit Kat.
– Skrin 5″ , 1080p HD Display.Ianya dikatakan menggunakan paparan yang sama pada LG G2.
– 8mp camera di bahagian belakang.
– 16/32 GB internal storage tanpa sokongan sdcard
– 2GB ram
– 2300 mAh battery
– Quad-core 2.3 GHz Krait 400 Snapdragon 800 + Adreno 330
– Wireless charging + NFC

 

Untuk siri Nexus kali ini, Google menggandakan saiz internal memori Nexus mereka kepada 16 dan 32GB dimana untuk siri yang lepas, Nexus 4 diperkenalkan dalam 2 variasi iaitu 8GB dan juga 16GB.

Harga juga sedikit lebih mahal berbanding Nexus 4 namun ianya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan spesifikasi yang ditawarkan.Kami akan membawakan kemaskini mengenai status pra-tempahan (pre-order) Nexus 5 di Malaysia kepada anda dalam artikel seterusnya.

Facebook Comments

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here