Google SmartWatch Dengan Integrasi Google Now Bakal Dilancarkan Dalam Masa Terdekat ? Itu antara berita yang dilaporkan di Wall Street Journal mengenai usaha Google untuk mengeluarkan smartwatch mereka sendiri.
Khabar angin mengenainya telah pun bertiup kencang sejak sekian lama terutama apabila berita mengenai Google membeli syarikat pembuatan jam tangan pintar WIMM Labs sejak setahun lepas diketahui umum.
Google Smartwatch dilaporkan akan menggunakan sistem operasi Android termasuk disertakan dengan sokongan Google Now dimana ia akan berkebolehan untuk menjawab soalan serta memaparkan informasi berkaitan dan akan memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan maklumat.
Berbeza dengan smartwatch yang terdapat di dalam pasaran sekarang, Google dikatakan akan mengeluarkan sebuah jam tangan pintar dengan penggunaan bateri paling minimum selain keupayaan untuk disambungkan dengan pelbagai jenama android smartphone.
Mereka turut dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar di Asia bagi mengeluarkan jam tangan tersebut dalam skala yang besar.
sumber | via
bhaya.. mase exam. leh tiru.. dlm tu leh simpan note
bhaya.. mase exam. leh tiru.. dlm tu leh simpan note
Sempoi… Harga boleh tahan ni