Berita baik buat pengguna Samsung Galaxy S4 , S3 dan juga Note 2 dimana antara info terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah kesemua smartphone tersebut dikatakan bakal menerima kemaskini Android 4.3 Jelly Bean dalam masa terdekat ini.Sebuah syarikat telekomunikasi Perancis, SFR mengeluarkan senarai ringkas smartphone yang bakal menerima android 4.3 berserta tarikh jangkaan ianya akan dikeluarkan.
Samsung Galaxy S4 mendahului senarai dimana ia akan menerima android 4.3 Jelly bean pada bulan ini diikuti Galaxy S3 dan Galaxy Note 2 dalam bulan November / Disember.Harus diingat , pada kebiasaannya kemaskini untuk smartphone akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut negara dan berkemungkinan akan ada negara yang mendapat kemaskini tersebut lebih awal dari jangkaan.
Dalam perkembangan lain, pengguna HTC One dilaporkan telah pun menerima kemaskini android 4.3 jelly bean mulai minggu ini dimana pengguna di Canada merupakan antara negara terawal yang telah menerima android 4.3 Jelly Bean untuk smartphone mereka.
jap gi arr gak…samsung s3. .kene b sabo.
Mega leh update jgk ko???
Lmbtnya…. aritu kata bulan 10… nk suh org beli note 3 lah tu….
Galaxy core?
Akmal Zakaria
pendapat anda mengenai henfon klone dari korea. .asap
Nk tekan start kt Mne pd odin,selepas mahukan pd PDA..?