Berita Gajet Ringkas Hari Ini : Acara Apple – iPad Air, iPad Mini Retina Display

0
411 views
views

Berita Gajet Ringkas Hari Ini, antara perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai perkembangan gajet terbaru di pasaran ketika ini.Tumpuan kami kali ini ialah kepada Acara Apple yang baru sahaja berlangsung malam tadi 1 pagi 23 Oktober 2013 waktu Malaysia.

[alert type=”info”]Segmen “Berita Gajet Ringkas Hari Ini” merupakan percubaan kami untuk membawakan berita ringkas mengenai gajet khususnya smartphone serta tablet terbaru di pasaran.Maklum balas anda diperlukan dibahagian komen bagi menambahbaik segmen ini di masa hadapan.[/alert]

Antara gajet yang diperkenalkan pada acara tersebut ialah barisan iPad baru :

iPad merupakan perkara yang menarik perhatian ramai peminat gajet terutama peminat barangan Apple apabila 2 siri iPad baru diperkenalkan iaitu iPad Air dan iPad Mini Retina Display.

iPad Air

iPad Air

– masih mengekalkan saiz yang sama iaitu 9.7 inci, tablet ini diberi nafas baru dari segi rekabentuk dan masih mengekalkan ciri Retina Display.Ianya lebih ringan serta nipis berbanding dahulu, iAir menggunakan 64-bit A7 processor dan M7 motion coprocessor yang boleh dijumpai pada iPhone 5S.Akan mula dijual mulai 1 November di negara tertentu pada harga $499 (16GB wifi) dan $629 bagi versi LTE. – The Verge

iPad Mini Retina Display

iPad Mini Retina Display

– berita mengenai pelancarannya telah pun diketahui lebih awal, iPad Mini 2 bersaiz 7.9 inci kini disertakan dengan ciri Retina Display, malangnya, ia tidak disertakan dengan ciri-ciri Touch ID seperti jangkaan awal.Menggunakan processor dan ciri yang sama seperti yang terdapat pada iPad Air serta iPhone 5S ianya akan mula dijual pada bulan November nanti pada harga $399 (16GB WIFI) dan $529 (Mobile Data). – The Verge

Selain iPad, Apple turut meperkenalkan Mac Pro dan juga barisan Macbook Pro baru untuk tahun ini yang memfokuskan kepada kepantasan dimana banyak perkara baru dimasukkan berbanding model lama.

Untuk info lanjut mengenai spesifikasi dan harga produk Apple yang baru diperkenalkan ini , anda boleh rujuk laman web rasmi Apple Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here