BBM Untuk Android sedia untuk di download semula secara rasmi selepas penangguhannya baru-baru ini yang terpaksa dilakukan akibat masalah pada server pihak Blackberry.Masalah tersebut berpunca daripada apk file BBM untuk Android yang tersebar sebelum sempat untuk dilancarkan secara rasmi.
Namun, pihak Blackberry melalui blog rasmi mereka telah pun mengumumkan bahawa aplikasi BBM untuk Android dan juga iOS boleh mula di download secara rasmi mulai hari ini (22 Oktober 2013) melalui Apps Store dan juga Play Store.
Bagi pengguna iPhone , aplikasi tersebut telah pun berada di App Store dan sedia untuk di download oleh pengguna iOS manakala bagi pengguna Android, ianya sedang dilancarkan secara berperingkat mengikut negara tertentu.
Berita baik buat pengguna di Malaysia, anda boleh download aplikasi tersebut melalui Play Store dan install seperti biasa untuk menggunakannya.
[button link=”https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bbm” size=”medium” target=”_blank”]DOWNLOAD BBM UNTUK ANDROID[/button]
[…] BBM Untuk Android Sedia Untuk Di Download Semula Secara Rasmi […]
Om gmna ya caranya susah banget hp qu samsung galaxys11