BBM Untuk Android 2.3 GingerBread Kebawah Adalah Palsu?

1

BBM Untuk Android 2.3 GingerBread , aplikasi BBM untuk android telah pun dilancarkan semula secara rasmi oleh pihak Blackberry baru-baru ini namun aplikasi tersebut hanya sesuai untuk smartphone yang menggunakan android 4.0 ICS dan keatas sahaja.

Baru-baru ini , seorang pembangun di XDA Dev iaitu rjt3 telah pun melancarkan aplikasi BBM untuk android 2.3 Gingerbread untuk smartphone yang menggunakan armv7 dan armv6 (mid/low end class).Namun, ianya langsung tidak berfungsi.

Lebih mengecewakan, aplikasi yang dikatakan sebagai BBM untuk android 2.3 (armv6) sebenarnya palsu dan bukanlah aplikasi BBM sebenar.Ianya merupakan aplikasi CatFiz yang menggunakan tema Blackberry sahaja.

Aplikasi Catfiz boleh di download secara percuma di Play Store

Pengguna melaporkan aplikasi tersebut boleh diinstall pada smartphone yang menggunakan armv7 namun mengalami force close apabila ingin dibuka.

Pihak moderator XDA Dev telah pun mengambil tindakan dengan membekukan sementara akaun rjt3 dan link download BBM untuk android 2.3 Gingerbread telah pun di delete.

Namun, ruangan forum rjt3 masih lagi dibuka memandangkan siasatan yang dilakukan mendapati BBM untuk Armv7 sebenarnya adalah versi mod dan bukannya aplikasi Catfiz.

sumber | xda dev

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

1 Comment

TINGGALKAN KOMEN ANDA