Aplikasi Youtube Terima Kemaskini Baru – Fungsi Background Audio Bakal Disertakan

0
454 views
views

Aplikasi Youtube terima kemaskini baru apabila Google dilaporkan secara senyap telah pun mengeluarkan update terbaru untuk aplikasi itu.Kemaskini versi 5.2.27 tersebut bagaimanapun setakat yang kami semak,masih lagi belum dilepaskan secara rasmi di Play Store.

Pihak Android Police mendapati Youtube versi terbaru itu memberi petanda bahawa dalam kemaskini lain yang akan tiba, Google bakal membawakan fungsi baru kepada aplikasi tersebut antaranya ialah  fungsi “Background Audio”.

Fungsi Background Audio yang tersembunyi namun berjaya didedahkan oleh pihak Android Police

Apa yang dimaksudkan dengan fungsi tersebut ialah, pengguna boleh mendengar suara/bunyi video yang dimainkan sambil membuka aplikasi lain termasuk apabila skrin phone di off .Anda masih boleh mendengar lagu di Youtube sambil menyemak email atau membalas mesej.

Walaubagaimanapun, fungsi di atas masih belum boleh digunakan pada versi 5.2.27 dan ianya disembunyikan daripada pengguna sehingga ia dilepaskan secara rasmi.Pihak Android Police berjaya mendedahkan setting yang disembunyikan dan menunjukkannya dalam screenshot di atas.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba versi kemaskini terbaru ini, file APK aplikasi tersebut boleh di download melalui link dibawah.Anda cuma perlu install seperti biasa namun harus diingat bahawa, fungsi Background Audio yang dinyatakan masih belum dapat digunakan buat masa sekarang.

DOWNLOAD YOUTUBE FOR ANDROID V5.2.27

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here