Xperia ZR Terima Kemaskini Android 4.2.2 Jelly Bean Baru – Firmware 10.3.1.A.2.67

5
465 views
views

Xperia ZR terima kemaskini Android 4.2.2 Jelly Bean baru Firmware 10.3.1.A.2.67 tidak lama selepas smartphone kalis air tersebut menerima kemaskini android 4.2.2 Jelly bean yang menggunakan firmware .244.Kemaskini ini dikesan mula dikeluarkan kepada pengguna di beberapa buah negara seperti Russia dan India dimana yang bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah serta bugs yang ada pada firmware .244.

Bagi pengguna Malaysia, anda masih belum lagi menerima kemaskini ini (termasuk kemaskini .244 !) dan apa yang boleh dilakukan ialah update smartphone masing-masing secara manual menggunakan flashtool yang amat mudah tanpa merosakkan warranty anda.Kami telah pun mencuba firmware terbaru ini menggunakan firmware Russia dan tiada perubahan besar yang dapat dilihat cuma yang paling ketara ialah phone lebih smooth dan lebih laju.

Kami masih dalam proses untuk menilai prestasi bateri pada firmware untuk dibandingkan dengan prestasi penggunaan bateri pada firmware .244 yang sangat memuaskan hati.Antara perubahan lain yang dapat dikesan ialah beberapa aplikasi dimasukkan seperti Opera Mini,Adobe reader dan juga Play Games milik Google yang lebih kepada leaderboard menunjukkan perbandingan antara score yang anda dan rakan lain (Google+ friends) perolehi termasuk menunjukkan games yang dimain oleh mereka.

Antara kelebihan lain menggunakan firmware .67 ini ialah ianya amat mudah untuk di root sekaligus memberikan anda akses penuh kepada sistem phone.Bagi anda yang berminat ikuti tutorial kemaskini Xperia ZR ke Android 4.2.2 secara manual yang telah pun disediakan sebelum ini.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here