Review Ringkas : Xperia M vs Xperia J – Sama Tapi Tak Serupa

0
626 views
views

Review Ringkas : Xperia M vs Xperia J, itu yang akan kami kupas dalam sesi review ringkas kali ini, perbandingan antara dua model mid-range Sony yang dikeluarkan pada 2013 ( Xperia M) dan juga 2012 (Xperia J). Yang manakah lebih berbaloi untuk dibeli ? Apa perbezaan antara keduanya ?

Ikuti perbandingan di bawah sebagai rujukan anda.

XPERIA M

– Merupakan Xperia siri 2013 berada dalam kelas pertengahan (mid-range) didatangkan dalam 2 versi iaitu single dan dual-sim.Rekabentuk smartphone ini hampir menyerupai Xperia siri 2013 seperti Xperia ZR , ZL , Z serta lain-lain.Mempunyai butang kamera ( shutter key) , RGB Light pada bahagian bawah , Omnibalance metal power button, Xperia M turut mempunyai body yang sedikit melengkung seperti Xperia Arc.Penutup bahagian belakang boleh dibuka dimana bateri smartphone tersebut juga boleh dibuka (removable).

– Harga pasaran bagi Xperia M adalah sekitar RM660 dan antara spesifikasi ringkas smartphone ini ialah :

1- Android 4.1 Jelly bean .
2- 5MP camera + VGA camera (hadapan)
3- 4GB internal memori
4- 1GB ram
5- Dual-core 1 GHz Krait Snapdragon S4 Plus
6- 4″ skrin
7- Li-Ion 1750 mAh battery
8- Bluetooth 4.0

XPERIA J

– Merupakan Xperia siri 2012 yang turut berada dalam kelas mid-range (kini jatuh dalam siri low-end) , mempunyai spesifikasi serta saiz yang hampir sama seperti Xperia M.Rekabentuk smartphone ini melengkung seakan Xperia Arc , tidak mempunyai butang camera (shutter key) dan dilengkapi dengan butang power yang agak kecil.

– Harga pasaran bagi Xperia J pada ketika ini ialah sekitar RM600 dan antara spesifikasi ringkas smartphone tersebut ialah :

1- Android 4.1.2 Jelly bean
2- 5MP camera + VGA camera (hadapan)
3- 4GB internal memori + sokongan sdcard sehingga 32GB
4- 512MB ram
5- 1 GHz Cortex-A5 Snapdragon processor + Adreno 200
6- 4″ skrin
7- Li-Ion 1750 mAh battery
8- Bluetooth 2.1

Jika dilihat secara kasar tidak banyak perkara yang membezakan antara kedua model ini disamping mempunyai harga pasaran yang hampir sama.Namun, terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan dari segi kelebihan dan kekurangan yang ada.

KELEBIHAN XPERIA M BERBANDING XPERIA J

1- Prestasi kamera pada Xperia M jauh lebih baik berbanding Xperia J walaupun menggunakan MP yang sama dimana Xperia M dilengkapi dengan CMOS sensor, Manual White Balance dan fungsi HDR.
2- Processor dan ram yang jauh lebih baik berbanding Xperia J , lebih lancar serta laju.
3- Menggunakan teknologi bluetooth yang lebih baru iaitu Bluetooth 4.0 vs Bluetooth 2.1 pada Xperia J.
4- Menyokong rakaman video beresolusi 720p.
5- Rekabentuk badan yang lebih menarik + dilengkapi dengan shutter key.

Kedua-dua smartphone berada dalam lingkungan harga RM590-RM660 dan ini menjadikan Xperia M lebih berbaloi untuk dibeli memandangkan ia mempunyai lebih banyak kelebihan yang boleh dipertimbangkan.Anda juga boleh lihat koleksi review ringkas kami yang lain seperti review Xperia E/E Dual , Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2 dll.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here