Harga Xperia Z1 – Dilancarkan Secara Rasmi Di India Bersama SmartWatch 2

3
456 views
views

Harga Xperia Z1 sebenarnya masih belum diketahui memandangkan tiada pengumuman harga dibuat pada acara Sony di Malaysia baru-baru ini sekaligus meninggalkan tanda tanya kepada ramai peminat di Malaysia.Berita baik bagi mereka yang ingin mendapatkan flagship terbaru milik Sony tersebutĀ  dimana baru-baru ini Sony Xperia Z1 telah pun dilancarkan secara rasmi di India dan harga rasmi smartphone itu telah pun diumumkan untuk pasaran disana.

Pengguna di India boleh mula mendapatkan Sony Xperia Z1 mulai hari ini pada harga sekitar $710 (RM2300) manakala Sony SmartWatch 2 dijual pada harga $235 (RM770).Untuk rekod, antara spesifikasi ringkas Xperia Z1 ialah 5.0-inch 1920×1080 TFT LCD skrin, 20.7 megapixel camera, Qualcomm Snapdragon 800 SoC dengan 2.2GHz quad-core CPU dan Adreno 330 GPU, 2GB RAM, 16GB internal memory + microSD card slot, 3,000mAh battery, kalis air dan habukĀ  dan Android 4.2 Jelly Bean.

Apa yang anda boleh jangkakan ialah perbezaan harga untuk pasaran Malaysia tidak akan terlalu jauh berbeza berbanding harga rasmi yang diumumkan di India iaitu sekitar RM2300 dan Xperia Z1 turut dijangka akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Oktober ini.Bagi Sony SmartWatch 2 pula , ianya boleh digunakan pada mana-mana android smartphone tidak terhad kepada smartphone milik Sony sahaja, dengan harga permulaan sekitar RM770, mungkin sedikit mahal bagi sesetengah pengguna.

sumber | via

Jadi apa pendapat anda mengenai Xperia Z1 ini ? Adakah berbaloi dengan harga yang ditawarkan memandangkan pesaing terdekat smartphone tersebut iaitu Galaxy Note 3 dijangka akan ditawarkan pada harga permulaan RM2400? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

Facebook Comments

3 COMMENTS

  1. Rasa nk pengsan la tunggu harga ni keluar kt malaysia,nk beli xperia zr ni tpi di tangguhkn sbb nk tnggu harga Z1 ni..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here