Harga Xperia Z1 Di Malaysia – Kini Ditawarkan Oleh Penjual Tempatan

Harga Xperia Z1 Di Malaysia , jika sebelum ini kita telah pun melihat pelancaran rasmi Xperia Z1 di Malaysia dimana harga rasmi untuk smartphone tersebut masih belum diumumkan.Sony Xperia Z1 boleh didapati di India pada harga lebih kurang RM2300 dan kami menjangkakan harga tersebut tidak akan jauh berbeza dengan pasaran di Malaysia.

Mengikut sumber terbaru yang diperolehi, Xperia Z1 mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM2399 oleh beberapa penjual tempatan.Namun harga yang ditawarkan berbeza mengikut penjual dimana kami turut mendapati ada penjual yang menawarkan Xperia Z1 pada harga antaranya RM2199 (SatuGadget) dan RM2220 (ABG KUS).

Mengenai harga di Sony Centre, kami masih belum dapat memastikan samada ianya ia telah mula ditawarkan atau belum.Seorang pengguna melaporkan bahawa Xperia Z1 boleh di dapati di Sony Store The Curve pada harga RM2399.Pada harga permulaan sebanyak RM2399 , ianya sama dengan harga permulaan untuk Samsung Galaxy Note 3 yang mempunyai beberapa kelebihan berbanding Xperia Z1.

Jadi apa pendapat anda mengenai harga yang ditawarkan ini ? Adakah berbaloi untuk dibeli atau sebaliknya? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here