Harga Samsung Galaxy Note 3 Di Malaysia – Kemaskini Disember 2013

Harga Samsung Galaxy Note 3 Di Malaysia, mungkin ramai antara anda yang teruja dengan pengumuman Samsung Galaxy Note 3 baru-baru ini dan tertanya-tanya mengenai harga phablet tersebut di Malaysia.Antara info terbaru yang kami perolehi ialah phablet tercanggih Samsung tersebut akan mula dijual di Malaysia pada harga sekitar RM2299.

Menggunakan spesifikasi terbaru dan canggih , ianya merupakan saingan kepada Xperia Z Ultra sebuah phablet milik Sony.Antara spesifikasi ringkas mengenai phablet ini ialah ianya didatangkan dengan Android 4.3 Jelly bean , skrin 1080p 5.7 inci Super Amoled  , S-Pen , 3GB ram , Quad-core Snapdragon 800 processor berkelajuan 2.3GHz + Adreno 330 , 32GB internal storage + sdcard 64GB, 13MP camera + flash , 2MP camera bahagian belakang dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Pihak Superbuy.my telah pun membuka tawaran pre-order untuk Galaxy Note 3 LTE pada harga permulaan RM 2269 dalam 2 pilihan warna iaitu hitam dan putih.Bagi anda yang masih belum tahu , Samsung Galaxy Note 3 didatangkan dalam 2 pilihan model iaitu Galaxy Note 3 LTE dan juga Galaxy Note 3 3G dimana kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang agak berbeza.

KEMASKINI DISEMBER 2013

Harga Samsung Galaxy Note 3 menyaksikan sedikit penurunan untuk SME set dan juga AP set (warranti).Untuk bulan Disember 2013 , harga semasa di kedai biasa adalah sekitar RM2050 – RM2100 (SME) dan RM1850 – RM2000.

Untuk senarai penuh harga terkini model smartphone Samsung , anda boleh rujuk artikel yang disediakan oleh kami yang sentiasa dikemaskini sehingga Jun 2013.Bagi smartphone jenama lain seperti Sony dan HTC anda boleh rujuk kategori Harga Terkini Smartphone (rujuk sidebar).

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here