Cara Update Xperia ZR C550X Ke Official Android 4.2.2 Jelly Bean

5
636 views
views

Cara Update Xperia ZR C550X Ke Official Android 4.2.2 Jelly Bean , untuk pengetahuan anda kemaskini android 4.2.2 jelly bean untuk Xperia ZR telah pun dikeluarkan secara rasmi oleh Sony Mobile lebih kurang sebulan yang lalu, namun hanya sesetengah negara (tidak termasuk Malaysia) yang menerima kemaskini tersebut buat masa ini.

Bagi pengguna Malaysia , anda boleh kemaskini Xperia ZR masing-masing ke android 4.2.2 Jelly Bean secara manual iaitu dengan menggunakan flashtool.Apa yang perlu dilakukan ialah download official firmware .244 (android 4.2.2) kemudian flash.Cara ini selamat dan tidak akan menghilangkan warranty phone anda.

Beberapa perubahan ketara dapat dilihat dalam kemaskini android 4.2.2 ini dimana phone menjadi lebih stabil laju dan smooth berbanding menggunakan android 4.1.2 Jelly bean.Perubahan lain yang dapat dilihat ialah :

– Prestasi dan kualiti camera dipertingkatkan, lebih stabil,kualiti gambar lebih baik.
– Lebih smooth dan laju ketika scrolling.
– Antaramuka baru diperkenalkan.
– Prestasi bateri yang jauh lebih baik dan tahan lama.
– Beberapa aplikasi asal Sony ditambahbaik.
– Sambungan 3G yang lebih laju dan stabil.
– Sokongan DualShock 3 Wireless controller diperkenalkan.
– Fungsi Quick Setting dimasukkan pada Notification Centre.
– Ram yang lebih banyak.
– Lockscreen baru.
– DLL

Bagi anda yang berminat untuk mengemaskini phone masing-masing ke android 4.2.2 Jelly bean , ikuti langkah tutorial dibawah.Pastikan anda telah pun install PCC dan driver Xperia ZR pada komputer masing-masing.

LANGKAH PERSEDIAAN

1- Install Flashtool Driver Xperia ZR Pada Komputer

– Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
– Buka folder flashtool tadi ( local disk C > Flashtool > Drivers > Flashtool drivers) dan install.
– Scrool ke bawah dan tick seperti gambar dibawah.

– Pastikan proses install selesai sepenuhnya dan bagi pengguna Windows 8 , anda akan mengalami masalah untuk install driver2 tersebut dan cara khas perlu dibuat dimana kami akan update dalam satu artikel lain tentang bagaimana cara install drivers pada Windows 8.

LANGKAH UPDATE XPERIA ZR KE ANDROID 4.2.2 JELLY BEAN

– Download firmware .244 (Firmware terbaru ialah .67) Xperia ZR dan masukkan ke dalam folder Flashtool > firmware

C5503 Russia Firmware

* Firmware C5503 boleh diinstall pada C5502 tanpa sebarang masalah.

 1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia ZR yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.

Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing dan tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here