Cara Root Xperia ZR

28
3,063 views
views

Cara Root Xperia ZR , dalam sesi tutorial kali ini kami akan menunjukkan cara mudah untuk anda root Xperia ZR yang menggunakan firmware terbaru .67 android 4.2.2 Jelly bean.Firmware .67 merupakan kemaskini selepas firmware .244 yang dikeluarkan bagi menyelesaikan beberapa bugs serta masalah yang terdapat pada firmware sebelumnya.Beberapa peningkatan turut dibuat antaranya kualiti kamera yang lebih baik, jangka hayat bateri yang lebih lama dan prestasi phone yang ditingkatkan.

Cara ini khas untuk firmware .67 dan bagi anda yang masih menggunakan firmware lama .244 dinasihatkan untuk update secara manual melalui tutorial mudah yang telah kami sediakan.Kepada yang masih ragu-ragu mengenai kenapa perlu root android smartphone, penerangan mengenainya telah pun kami tulis dalam artikel “Kenapa Perlu Root dan Apa Kelebihannya“.

Ikuti langkah mudah dibawah untuk root Xperia ZR anda.

CARA ROOT XPERIA ZR

1- Download software VRoot dan install pada komputer anda. (Software ini dalam bahasa cina akan tetapi mudah untuk digunakan)2- On kan USB Debugging, pada phone anda , pergi ke “setting > about phone > tekan ada Build Number sebanyak 7 kali.
3- Buka VRoot kemudian sambungkan phone anda pada komputer.
4- Tekan pada butang hijau yang ada di bahagian bawah VRoot tadi.
5- Selesai proses root, phone anda akan restart dengan sendiri, selesai restart , cabut phone dan tutup VRoot.
6- Done dan enjoy Xperia ZR yang telah di root tadi.

PENTING

Memandangkan Xperia ZR ini di root menggunakan software china , aplikasi superuser yang diinstall pada phone anda juga turut di dalam bahasa cina.Apa yang perlu anda lakukan ialah :

1- Pergi ke Google Play Store kemudian download aplikasi SuperSU.2- Buka SuperSU dan klik Allow pada aplikasi superuser cina tadi (butang belah kanan).
3- Update Binary pada SuperSU.
4- Download aplikasi Titanium Backup Pro dan install.
5- Buka Titanium Backup Pro dan cari aplikasi Superuser cina (bukan SuperSU)
6- Freeze aplikasi superuser tersebut.
7- Done.

Mudah sebenarnya proses ini jika hendak dibandingkan dengan proses root firmware .244 sebelum ini.Selepas root anda juga boleh mencuba aplikasi GMD Auto Hide Navigation Bar yang berfungsi untuk menukar dan memasukkan fungsi auto hide pada navigation bar phone masing-masing.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

28 COMMENTS

  1. nak tanya kenapa bila saya nak root xZr saya…nape dia kluar “error: more than one device and emulator” pastu takde ape pon berlaku…nape eh?need help…i’m begging admin nape tak bleh root? dah cube ape yg disuruh tapi tak bleh…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here