Aplikasi Android Terbaik Wajib Install : GMD Auto Hide Soft Keys – Sembunyikan Navigation Bar Pada Android Smartphone

1
1,133 views
views

Aplikasi Android Terbaik Wajib Install pilihan kami minggu ini ialah GMD Auto Hide Soft Keys ,sebuah aplikasi yang berfungsi untuk menyembunyikan soft key navigation bar pada smartphone android yang menggunakannya.Jika dilihat pada hari ini, kebanyakkan model smartphone menggunakan soft key dan bukan hard button sebagai navigation bar.

Bagi sesetengah pengguna,kebanyakkannya lebih selesa navigation bar tersebut disembunyikan atau mempunyai fungsi auto-hide bagi menjadikan homescreen berada dalam keadaan full screen tanpa sebarang gangguan.Aplikasi ini akan membantu anda dengan memasukkan fungsi auto-hide pada navigation bar phone masing-masing disamping turut menyertakan beberapa fungsi tambahan.

Navigation icon pada Xperia ZR yang telah ditukar menyerupai HTC Facebook Phone

Kami di soleheen.com telah pun mencuba GMD Auto Hide Soft Keys ini dan ianya berfungsi dengan baik pada Sony Xperia ZR.Smartphone anda perlu di root terlebih dahulu (ikuti tutorial root Xperia ZR) sebelum aplikasi ini diinstall bagi membolehkan ianya berfungsi.Didatangkan dalam 2 versi iaitu percuma dan juga berbayar , antara ciri-ciri yang ada pada GMD Auto Hide Soft Keys ini ialah anda boleh memilih tema untuk navigation bar phone masing-masing disamping ianya boleh di customize mengikut kesesuaian.

Homescreen Xperia ZR selepas Navigation Bar di “hide” kan

Aplikasi ini pada awal nya direka khas untuk pengguna Samsung Galaxy namun dilaporkan turut berfungsi dengan baik pada beberapa model smartphone seperti Nexus 4 ( android 4.2) , Sony Xperia Z /ZR /ZL dan beberapa custom rom yang ada.Bagi anda yang berminat, aplikasi GMD ini boleh didownload secara percuma di Play Store.

DOWNLOAD

Kami mempunyai lebih banyak senarai aplikasi terbaik yang telah disenaraikan di dalam kategori Aplikasi Android Terbaik dan jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here