Aplikasi Android Terbaik : Appsi Sidebar – Paparkan Notifikasi Pada Sidebar Smartphone Anda

Aplikasi android terbaik pilihan kami kali ini ialah Appsi Sidebar yang merupakan sebuah aplikasi yang akan memaparkan notifikasi pada bahagian sidebar smartphone anda.Mempunyai rekabentuk yang amat menarik dan kemas , Appsi merupakan satu aplikasi yang patut anda cuba.

Aplikasi ini dibangunkan oleh salah seorang ahli XDA Dev iaitu nickmartens1980 dimana ia menggunakan plugin untuk menunjukkan notifikasi aplikasi anda seperti missed called , gmail dan lain-lain.Fungsi widget turut disokong dimana anda dibenarkan untuk meletakkan widget seperti music player , ramalan cuaca dan jam.

Pada pandangan kami , aplikasi ini sangat menarik untuk mereka yang menyembunyikan notification bar atau merasa bosan dengan Notification Bar sebelah atas.Antara perkara menarik yang lain ialah , ianya boleh di customize mengikut citarasa anda.

Bagi anda yang berminat , Appsi Sidebar boleh di download secara percuma di Google Play Store melalui link dibawah.

DOWNLOAD

Kami mempunyai lebih banyak senarai aplikasi terbaik yang telah disenaraikan di dalam kategori Aplikasi Android Terbaik dan jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here