Aplikasi Android Terbaik 2013 : Clean Master – Membersihkan Serta Mengurangkan Lag Pada Smartphone Anda

6
759 views
views

Aplikasi android terbaik 2013 pilihan kami kali ini ialah Clean Master iaitu sebuah aplikasi yang akan membantu anda menjaga smartphone masing-masing dari sebarang files yang tidak digunakan , cache dalam sistem disamping beberapa fungsi menarik yang lain.

Clean Master boleh dikategorikan sebagai sebuah aplikasi yang agak penting untuk phone anda bagi memastikan ianya tidak mengalami sebarang lag yang serius , membersihkan cache bagi mengelakkan internal memori phone penuh dan turut mempunyai fungsi memory boost yang akan membantu mematikan background process sesebuah aplikasi sekaligus menjimatkan ram phone anda.

Antara ciri-ciri utama aplikasi ini ialah Junk Files (membersihkan phone dari files yang tidak digunakan) , Privacy ( membantu proses delete data aplikasi anda samada text mesej, password , chat history dan lain-lain) , Memory Boost ( berfungsi sebagai advance task killer) , App Manager (membantu mengurus aplikasi anda ).

Bagi anda yang berminat , aplikasi Clean Master ini boleh di download secara percuma dari Play Store atau melalui link Play Store dibawah.

DOWNLOAD

Kami mempunyai lebih banyak senarai aplikasi terbaik yang telah disenaraikan di dalam kategori Aplikasi Android Terbaik dan jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

Facebook Comments

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here