Sony Xperia S, SL Dan Acro S Terima Kemaskini Firmware 6.2.B.1.96 – Bateri Tahan Lebih Lama ,Kualiti Camera Dipertingkatkan

1
326 views
views

Sony Xperia S , SL Dan Acro S Terima Kemaskini Firmware 6.2.B.1.96 , tidak lama selepas firmware .211 Jelly bean dikeluarkan untuk barisan Sony Xperia siri 2012 kini Sony telah pun mengeluarkan kemaskini firmware 6.2.B.1.96 untuk smartphone tersebut yang membawakan pelbagai peningkatan dari segi prestasi dan kualiti.

Beberapa perubahan ketara dapat dilihat pada update terbaru itu dan pihak Sony Mobile turut berkongsi senarai perubahan yang dilakukan antaranya :

xperia s jelly bean

CAMERA : Beberapa perkara diperbaiki , rakaman video beresolusi 1080p kini lebih smooth dan kurang lag , ciri-ciri White Balance dan fungsi Quick Launch ditambah baik.

BATERI : Prestasi bateri dalam firmware .96 ini lebih baik berbanding dahulu , dimana ianya memfokuskan kepada penjimatan bateri dan tahan lebih lama.

Hardware & UI : Butang volume UP kini telah diperbaiki dan tiada lagi masalah butang tidak berfungsi , Ciri-ciri Google Now dimasukkan melalui akses pada butang Home , fungsi Double Press diperkenalkan bagi memudahkan anda melihat recent apps.

LAIN-LAIN : Beberapa perkara lain turut dapat dilihat antaranya bugs pada drawer telah pun diselesaikan , Connection 2G yang lebih stabil dan beberapa perkara lagi.

Buat masa sekarang , pengguna di Malaysia masih belum memperolehi kemaskini 6.2.B.1.96  ini namun anda boleh terus semak melalui PC Companion atau SUS.Anda juga boleh melakukan proses update secara manual menggunakan flashtool dimana kami akan mengeluarkan tutorial mengenainya dalam masa terdekat ini.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here