Review Kelebihan Dan Kekurangan Xperia Z Ultra Malaysia

4
1,612 views
views

Review Kelebihan Dan Kekurangan Xperia Z Ultra Malaysia , Xperia Z Ultra merupakan phablet pertama daripada Sony yang menggunakan spesifikasi canggih dan terkini, termasuk menggunakan skrin Full HD 1080p dilengkapi teknologi Triluminos display bersaiz 6.4 inci.Anda boleh mendapatkan phablet ini pada harga sekitar RM2200.

Kami di soleheendotcom berkesempatan untuk melakukan review terhadap phablet ini untuk melihat sejauh manakah kehebatan yang dimiliki oleh Sony Xperia Z Ultra serta apa yang menarik mengenainya.Didatangkan dengan spesifikasi yang amat canggih antaranya 2.2Ghz Snapdragon 800 processor , 6.4″ Full 1080p HD skrin dilengkapi teknologi Triluminos display , Android 4.2.2 Jelly bean , 2GB ram , 16GB internal memori dengan sokongan sdcard sehingga 64GB ,  8MP camera pada bahagian belakang dan Non-removable Li-Ion 3050 mAh battery.

Jadi apa yang menarik mengenai phablet ini ? Adakah ianya cukup berkuasa untuk menarik perhatian pengguna ? Berbaloikah untuk anda laburkan RM2K hanya untuk phablet ini ? Itu antara point yang bakal kami kupas dalam review Sony Xperia Z Ultra kali ini.

KELEBIHAN SONY XPERIA  Z ULTRA

Antara perkara pertama yang membuatkan kami terpegun serta kagum ialah paparan pada skrin Xperia Z Ultra yang sangat hebat , terang serta jelas.Teknologi Triluminos display menjadikan paparan skrin pada phablet ini merupakan paparan Full HD terbaik mengalahkan pesaing nya yang turut menggunakan 1080p Full HD.Antara kelebihan lain Sony Xperia  Z Ultra secara ringkas :

1- Snapdragon 800 processor ditambah dengan 2GB ram pada phone ini menjadikannya amat berkuasa, tiada lag , tiada hang , segalanya lancar serta smooth.
2- Xperia Z Ultra mampu memainkan kesemua HD games dengan baik serta lancar dan proses multitask dapat dijalankan dengan sempurna.
3- Rekabentuk badan premium , sangat nipis serta ringan.
4- Skrin besar memudahkan aktiviti melayari laman web , menggunakan facebook serta twitter serta menguruskan email.
5- Kalis air serta debu dimana phablet ini mampu bertahan di dalam air pada kedalaman 1 meter selama 30 minit.
6- Anda boleh menggunakan pensil sebagai pen stylus dimana ia mampu mengesan dengan baik mata pensil yang digunakan.
7- Mempunyai Stamina Mode yang boleh diaktifkan bagi membantu anda menjimatkan bateri.

Xperia Z Ultra vs Xperia ZR

KEKURANGAN SONY XPERIA Z ULTRA

Walaupun dilengkapi dengan spesifikasi yang hebat serta terkini , Sony Xperia Z Ultra turut mempunyai beberapa kekurangan yang mana bagi kami agak mengecewakan dan tidak sepatutnya wujud, sepanjang kami mencuba Xperia Z Ultra ini antara kekurangan serta kelemahan yang dapat dikesan ialah :

1- Skrin sesentuh tidak berfungsi.Ini terjadi ketika kami mencuba permainan Asphalt 8 : Airbone dimana game berjalan dengan baik akan tetapi skrin sesentuh tidak berfungsi menyebabkan anda tidak dapat keluar dari game tersebut.Masalah itu hanya selesai apabila butang Power ditekan dan dibiar selama 5-10 saat sebelum skrin berfungsi seperti biasa.Beberapa pengguna lain turut melaporkan mereka mengalami masalah yang sama :

several reports of Sony Xperia Z Ultra owners complaining about issues with the display. Most of the problems seem to happen when trying to unlock the phone, with the display just refusing to switch on. A video notes that the backlight switches on as well, and one can hear the underlying OS sounds as you tap on the screen – it’s just the display that stays off. A user at XDA forum notes similar experience when he tried to press the power button of his Xperia Z Ultra. The backlight turned on but the screen remained completely blank. He states that the Android runs fine underneath and when pressing back, home, app or even volume control buttons the device gives audio feedback. However the display remains blank and the device is unusable. He also notes that the screen turned on only after pressing the power key anywhere between 5 and 150 times, indicating the random nature of the problem. Xperiablog notes that several other users on XDA developers forum and YouTube have voiced their complaints regarding the phone’s display. The report also notes that some display show green lines when an attempt is made to unlock the device. There is no official comment from Sony on the issue till now.

2- Prestasi camera yang biasa sahaja.Namun, ketika keadaan kurang cahaya , hasil yang diberikan agak mengecewakan.Lebih mengecewakan, Xperia Z Ultra tidak dilengkapi dengan fungsi flash dan ini merupakan satu kekurangan besar kepada phablet Sony tersebut.
3- Prestasi bateri yang kurang memuaskan hati.
4- Saiz terlalu besar untuk digunakan sebagai phone untuk diletakkan di telinga.

KESIMPULAN

Jika dilihat dari segi prestasi Sony Xperia Z Ultra ini , ianya merupakan sebuah android beast yang belum dapat ditandingi oleh mana-mana android smartphone buat masa sekarang.Teknologi Triluminos display turut meletakkan Xperia ZU berada dihadapan pesaingnya dalam segi kualiti skrin.Akan tetapi , bateri yang disediakan tidak mampu bertahan lama bagi menampung smartphone tersebut.

Jika anda merupakan seorang pengguna yang ingin merasa bagaimana menggunakan tablet dan tidak mementingkan kualiti kamera, XZU merupakan pilihan terbaik buat anda, namun bagi kami dengan harga permulaan RM2299 ianya agak mahal bagi pengguna biasa.Pastikan anda membuat pilihan bijak agar tidak berlaku pembaziran wang.Ikuti tips pembelian smartphone yang telah kami sediakan sebagai panduan buat anda ketika ingin membeli smartphone yang sesuai.

Jadi adakah Xperia Z Ultra ini mampu menarik perhatian anda untuk membelinya? Kongsikan bersama pembaca lain dalam ruangan komen dibawah.Anda juga boleh lihat koleksi review ringkas kami yang lain seperti review Xperia E/E Dual , Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2 dll.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

4 COMMENTS

  1. Assalamualaikum,sy adalah penguna sony experia z ultra..sy ad terbaca yg menyatakan sony experia z ultra ni tak mudah hang akan tetapi setelah sy guna xsmpai setahun pon hp dh buat hal jdi hang..

  2. My friend coba.masuk kan hanphone xperia z ultra kedalam air kenape jadi blank atau Black screen panduan baca sudah ok?? Tq

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here