Cara Upgrade Xperia S Ke Android 4.1 Jelly Bean – Firmware 6.2.B.1.96 (27 Ogos 2013)

Cara Upgrade Xperia S Ke Android 4.1 Jelly Bean – Firmware 6.2.B.1.96 merupakan firmware jelly bean terbaru untuk Sony Xperia S yang dikeluarkan bertujuan untuk menyelesaikan beberapa masalah yang wujud pada kemaskini firmware 6.2.B.0.211 .Kemaskini ini membawakan beberapa perubahan besar bagi meningkatkan lagi prestasi phone tersebut.

Kami difahamkan bahawa pengguna Xperia S di Malaysia masih lagi belum memperolehi kemaskini ini.Cara ini turut boleh digunakan untuk anda format phone , unroot atau baiki Xperia S masing-masing.Apa yang perlu dilakukan ialah ikut langkah dibawah dengan berhati-hati.

 photo xperiasjellybean_zps5251949e.jpg

LANGKAH PERSEDIAAN

– Pastikan segala driver phone telah diinstall pada pc masing-masing.Install PC Companion kemudian sambungkan phone pada komputer dan biarkan untuk 3-4 minit bagi membolehkan driver phone diinstall.
-Backup segala barang yang ada pada phone anda seperti contact,mesej,gambar,muzik etc etc.
– Offkan phone anda.
Download flashtool terbaru dan install pada komputer anda.
Download firmware 6.2.B.1.96 dan masukkan dalam folder C: Flashtool > firmwares

LANGKAH UPGRADE XPERIA S KE ANDROID 4.1 JELLY BEAN FIRMWARE 6.2.B.1.96

1- Buka flashtool yang anda install tadi.
2- Klik pada simbol petir dan pilih > flashmode
3- Pilih firmware Xperia S yang telah dimasukkan dalam folder firmware tadi.
4- Lihat pada bahagian wipe dan tick semua option (data,cache,appslog)
5- Klik flash dan sambungkan Xperia anda pada komputer dengan cara tekan back button(volume down) kemudian cucuk kabel pada phone.
6- Tunggu proses flash selesai.
7- Reboot phone anda dan tunggu 3-4 minit bagi membolehkan phone bersedia.
8- Enjoy.

Mudah bukan? Cara ini merupakan cara manual untuk anda kemaskini phone masing-masing.Ini tidak merosakkan warranty phone selain boleh digunakan untuk repair/unroot phone.

Bagi yang telah selesai proses kemaskini , anda boleh teruskan dengan langkah root Xperia S tadi menggunakan tutorial yang telah kami sediakan dalam artikel Cara Root Xperia S Jelly Bean.  (Akan dikemaskini dalam masa terdekat)

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here