Cara Root Xperia Z Firmware 10.3.1.A.0.244

1
520 views
views

Cara Root Xperia Z, firmware 10.3.1.A.0.244 merupakan firmware terbaru Sony Xperia Z selepas menerima kemaskini yang dikeluarkan untuk meningkatkan lagi prestasi smartphone tersebut.Bagi anda yang telah pun root Xperia Z masing-masing sebelum ini, kemaskini ini akan menyebabkan akses root pada phone anda hilang.

Seperti yang pernah kami tulis dalam artikel Kenapa Perlu Root dan Apa Kelebihannya, tak lengkap rasanya jika tidak root smartphone bagi memantapkan lagi prestasinya.,dalam artikel kali ini, kami akan menunjukkan cara untuk root firmware .244 pada phone masing-masing.Cara ini dikeluarkan oleh DooMLoRD dimana ia memerlukan pengguna untuk menukar kernel phone sebelum root.Agak mudah dan bagi anda yang berminat untuk root Xperia Z masing-masing, ikuti langkah mudah dibawah.

root xperia z firmware .244

PERINGATAN : Tutorial ini hanya untuk model  C6602 / C6603 firmware 10.3.1.A.0.244.

CARA ROOT XPERIA Z FIRMWARE .244

1- Pastikan anda telah pun install flashtool dan driver Xperia Z pada komputer masing-masing.
2- Download file root dan kernel Xperia Z dibawah.

XperiaZ_C660X_KernelOnly_10.3.A.0.423_Generic_NL.f tf – 7.12 MB
DooMLoRD_Easy-Rooting-Toolkit_v18_perf-event-exploit.zip – 2.96 MB
XperiaZ_C660X_KernelOnly_10.3.1.A.0.244_BE.ftf – 7.17 MB

3- Buka flashtool kemudian flash kernel .423 pada Xperia Z anda.
4- Selesai flash kernel .423 ,TUTUP flashtool > restart kan phone > on kan USB Debugging > dan sambungkan ke PC.
5- Extract file rooting toolkit tadi ke dalam local disk C, buka runme.bat dan ikut arahan dan root phone anda.
6- Lepas root, phone anda akan restart.Sila tunggu dan check samada root berjaya atau tidak (cari aplikasi SuperSU pada menu)
7- Offkan phone dan buka flashtool semula.
8- Flash pula file kernel .244 yang telah di download tadi pada phone anda.
9- Selesai proses flash kernel, on kan phone anda.
10 – Selesai dan tahniah anda telah pun root phone masing-masing.

Cara ini agak mudah sebenarnya akan tetapi nampak agak leceh kerana anda perlu tukar kernel menggunakan flashtool.Bagi mereka yang masih belum mahir menggunakan flashtool, rujuk artikel Cara Update Xperia Z ke Android 4.1 dimana kami telah menunjukkan cara menggunakan flashtool.Pastikan driver phone telah diinstall sepenuhnya pada komputer anda bagi memastikan flashtool dapat berjalan dengan lancar tanpa masalah.

Agak mudah sebenarnya menggunakan cara ini dan jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here