Aplikasi Android Terbaik : Holo Locker – Pasang Android 4.1 Jelly Bean Lockscreen Pada Phone Anda

0
399 views
views

Aplikasi android terbaik dan wajib install pilihan kami minggu ini ialah Holo Locker, sebuah aplikasi locksreen yang sangat menarik untuk android smartphone anda.Holo Locker merupakan sebuah lockscreen yang menyerupai locksreen pada stok android 4.1 Jelly Bean, berbentuk bulat cincin (Ring) dengan pilihan shortcut kepada aplikasi yang anda inginkan.

Sangat ringan , Holo Locker tidak akan membebankan smartphone anda disamping mempunyai antaramuka yang ringkas serta cantik.Anda turut dibenarkan untuk customize lockscreen bagi menjadikannya ianya lebih menarik.Kami telah mencuba pelbagai lockscreen dan Holo Locker merupakan antara yang terbaik dimana ianya ditawarkan secara percuma tanpa sebarang iklan tersembunyi.

Antara kekurangan yang terdapat pada Holo Locker ini ialah ianya tidak menyokong fungsi widget pada lockscreen dan ini sedikit sebanyak akan mengecewakan kebanyakkan pengguna.Anda juga perlu membeli aplikasi Holo Locker Plus untuk menukar shortcut aplikasi yang ada dan menukar wallpaper lockscreen tersebut.Bagi kami , apa salah nya berbelanja sedikit untuk sebuah aplikasi yang hebat bukan?.

Anda boleh mendapatkan Holo Locker ini secara percuma melalui Google Play Store ataupun link dibawah.

Download

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here