Aplikasi Android Terbaik 2013 : Photosphere Camera & Galeri Android 4.3 Jelly Bean

0
357 views
views

Aplikasi android terbaik pilihan kami untuk kali ini ialah aplikasi Photosphere Camera dan juga stok galeri yang terdapat pada android 4.3 Jelly Bean.Aplikasi ini merupakan pilihan tepat bagi anda jika anda merasakan aplikasi camera dan galeri smartphone anda kurang menarik untuk digunakan.

Photosphere merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat pada siri peranti smartphone Nexus milik Google yang didatangkan bersama versi android terbaru.Aplikasi tersebut membolehkan anda merakam gambar secara 360 darjah keseluruhan panorama tempat yang ingin dirakam.Kami telah pun mencuba Photosphere ini pada Xperia ZR Android 4.2.2 Jelly bean dan ianya berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.Mengikut sumber , aplikasi Photosphere sesuai diinstall pada android 4.1 keatas sahaja.

Stock Gallery Android 4.3 Jelly Bean
Photosphere

Selain Photosphere , antara aplikasi yang sangat menarik untuk dicuba ialah Galeri asal yang terdapat pada android 4.3 Jelly bean.Stok Galeri ini akan automatik diinstall pada phone anda apabila anda install aplikasi camera photosphere.Sangat laju , ringan serta mempunyai antaramuka yang minimal , ianya jauh lebih baik berbanding aplikasi Album yang terdapat pada Sony Xperia.Gambar anda akan diasing mengikut folder bagi memudahkan lagi proses pemilihan gambar disamping privasi anda akan lebih terpelihara.

Setakat yang kami cuba pada Sony Xperia ZR menggunakan Android 4.2.2 Jelly bean firmware .244 , kedua-dua aplikasi hebat ini berfungsi  dengan baik tanpa sebarang masalah.Bagi anda yang berminat untuk mencuba , download link telah kami sediakan dibahagian bawah artikel ini.

DOWNLOAD PHOTOSPHERE & GALLERY ANDROID 4.3 JELLY BEAN

Kami mempunyai lebih banyak senarai aplikasi terbaik yang telah disenaraikan di dalam kategori Aplikasi Android Terbaik dan jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here