Xperia Z Ultra Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

0
288 views
views

Xperia Z Ultra bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu hadapan.Mengikut info yang dikongsikan oleh beberapa laman web teknologi malaysia, Sony Mobile telah pun menghantar jemputan ke acara pelancaran yang akan diadakan pada 1 Ogos 2013.Ketika pengumuman rasmi Xperia Z Ultra di Shanghai baru-baru ini, Malaysia disebut sebagai salah sebuah negara terawal yang akan menerima phablet terbaru milik Sony tersebut.

Soal harga dan tarikh jualan rasmi mungkin akan diketahui pada acara yang akan diadakan tidak lama lagi dimana beberapa telco seperti Celcom dan juga UMobile dijangka akan turut menawarkan phablet tersebut berdasarkan pakej masing-masing.Untuk rekod, berikut adalah spesifikasi ringkas phablet Xperia Z Ultra :

Android 4.2.2 Jelly Bean , 8MP camera pada bahagian belakang, 2MP camera hadapan, kalis air dan debu, 6.5 inci 1080p HD skrin, 2.2GHz quad core Qualcomm Snapdragon 800, 2GB ram , 16GB internal memori + sokongan sdcard sehingga 64GB, Bluetooth 4.0 dan 3000 mAh battery.

Peranti hybrid smartphone + tablet tersebut tidak akan didatangkan dengan pen stylus akan tetapi disertakan dengan sensor sentuhan baru yang berupaya mengesan sentuhan menggunakan pen, pensel atau mana-mana stylus.Ianya amat sensitif sehinggakan lukisan pada skrin yang dialas kertas akan turut dikesan dengan baik.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone? Rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here