Review Kelebihan Dan Kekurangan Samsung Galaxy S4 Mini Malaysia

Review Kelebihan Dan Kekurangan Samsung Galaxy S4 Mini Malaysia , Galaxy S4 Mini merupakan variasi model Samsung Galaxy S4 yang diperkenalkan secara serentak oleh Samsung bersama Galaxy S4 Zoom dan juga Galaxy S4 Active.Model ini merupakan Galaxy S4 yang lebih kecil dengan rekabentuk yang sama akan tetapi berlainan spesifikasi.

Jadi sejauh mana kehebatan Galaxy S4 Mini ini ? Apakah kelebihan dan kekurangannya ? Dalam sesi review ringkas kali ini, jom kita lihat apa yang terbaik mengenai smartphone tersebut.Dibawah ini, kami telah menyediakan spesifikasi ringkas yang patut anda nilai ketika ingin memilih smartphone.

– Android 4.2.2 Jelly Bean
– 8 GB internal memory + sdcard
– 1.5gb ram
– Dual-Core 1.7GHz Snapdragon 400 processor
– 8MP camera
– Li-Ion 1900 mAh battery
– 4.3 inches Super Amoled skrin

Jika dilihat dari spesifikasi diatas, ianya sebuah smartphone yang sempurna tanpa sebarang masalah.Smartphone ini telah mula ditawarkan oleh penjual Malaysia pada harga permulaan sekitar RM1399.

KELEBIHAN SAMSUNG GALAXY S4 MINI

1- Prestasi camera yang amat memuaskan hati.8MP camera pada S4 Mini ini memberikan hasil yang baik dan sesuai untuk kegunaan peribadi anda.
2- Skrin yang amat baik dan cantik.Terima kasih kepada teknologi SuperAmoled yang terdapat pada phone ini.
3- Ketahanan bateri yang agak baik. (Bergantung kepada jenis penggunaan)
4- Smooth serta laju.
5- Dilengkapi teknologi 4G LTE

KEKURANGAN SAMSUNG GALAXY S4 MINI

1- Masih mengekalkan rekabentuk yang sama.
2- Bersifat plastik.
3- Dual-core processor padanya masih tidak mampu menjalankan games HD dengan baik.
4- Tidak dilengkapi dengan HD skrin, dalam harga yang sama anda boleh mendapatkan smartphone lain yang menggunakan skrin HD 720p.
5- Kekurangan ciri-ciri khas yang terdapat pada Galaxy S4 seperti Air View, Air gestures dan Multi-view.
6- Harga permulaan yang agak mahal, lebih banyak model lain yang lebih baik boleh didapati dalam lingkungan harga yang sama.
7- Internal memori yang agak sedikit, dimana hanya 5GB yang boleh digunakan daripada 8GB jumlah keseluruhan.

KESIMPULAN

Review diatas telah dikumpulkan oleh kami daripada blog teknologi terkenal dan jika diteliti pada kekurangannya, ianya bukanlah satu masalah dan penghalang besar buat anda untuk memiliki smartphone tersebut.Dengan harga permulaan sekitar RM1399, mungkin agak mahal akan tetapi kami yakin ianya akan turun dengan cepat dalam jangka masa terdekat ini.

Jadi adakah Samsung Galaxy S4 Mini ini mampu menarik perhatian anda untuk membelinya? Kongsikan bersama pembaca lain dalam ruangan komen dibawah.Anda juga boleh lihat koleksi review ringkas kami yang lain seperti review Xperia E/E Dual , Samsung Galaxy Mega 6.3 vs Galaxy Note 2 dll.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here