Nexus 7 (2013) Diperkenalkan Secara Rasmi – Didatangkan Bersama Android 4.3 Jelly Bean

1
324 views
views

Nexus 7 (2013) Diperkenalkan Secara Rasmi, Akhirnya, Nexus 7 siri 2013 diumumkan secara rasmi oleh Google pada acara mereka hari ini setelah beberapa gambar dan info mengenainya tersebar di internet baru-baru ini.Nexus 7 2013 merupakan model yang diperbaharui selain turut didatangkan dengan android terbaru iaitu 4.3 Jelly bean.

Antara perbezaan ketara yang dapat dilihat pada tablet Nexus 7 baru ini ialah ianya lebih ringan berbanding Nexus 7 2012, lebih nipis, menggunakan stock android 4.3 Jelly bean , 1080p HD skrin, 1.5GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro 8064 processor , Adreno 320 Graphics dan 2GB ram.Selain itu, Nexus 7 2013 turut dilengkapi dengan dual stereo speaker , 5MP camera pada bahagian belakang, 1.2MP camera hadapan dan turut terdapat dalam versi LTE.

Menyentuh mengenai soal bateri pada tablet tersebut, Google menyatakan bahawa ianya mampu memainkan video HD selama 9 jam dan web browsing selama 10 jam tanpa sebarang masalah.Ianya juga turut disertakan dengan sokongan wireless charging bagi memudahkan lagi proses pengecasan.

NEXUS 7 (2013) boleh mula didapati bermula 30 Julai ini di US pada harga permulaan sekitar $229 (RM730) bagi versi 16GB wifi , $269 ( RM860) bagi versi 32GB wifi dan $349 (RM1112) bagi versi 64GB LTE.Malangnya, masih tiada info rasmi mengenai tarikh penjualan tablet tersebut di Malaysia dan seperti biasa kami menjangkakan akan ada penjual tempatan yang akan menawarkannya lebih awal kelak.

sumber  | via

Jadi apa pendapat anda mengenai Nexus 7 2013 ini ? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen dibawah.

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here