Harga Sony Xperia ZR Di Malaysia

Harga Sony Xperia ZR Di Malaysia , Xperia ZR merupakan antara model terbaru Sony selepas Xperia L dalam kategori smartphone tahan lasak dan kalis air dimana ianya lebih kalis berbanding Sony Xperia Z .Diumumkan pada bulan Mei yang lepas , kini terdapat beberapa penjual tempatan yang telah mula menawarkan smartphone tersebut kepada pengguna.

Anda boleh mula mendapatkan smartphone tersebut pada harga permulaan RM1499 Original set dengan warranty daripada Sony Mobile.Ianya ditawarkan dalam beberapa pilihan warna seperti hitam , putih , pink dan juga biru mint.Antara spesifikasi ringkas Xperia ZR ialah HD skrin 4.5 inci dengan resolusi 720p , Quad-core 1.5 GHz Krait Snapdragon APQ8064 , Adreno 320 , 13.1 MP camera [4128×3096 pixels] , 8 GB internal memori + sdcard slot 32GB, 2 GB RAM dan Li-ion 2300 mAh battery.

Merupakan generasi ketiga selepas Xperia Z dan Xperia ZL , Xperia ZR dikatakan Xperia Z versi yang lebih lasak dimana ianya mampu merakamkan gambar dan video HD pada kedalaman 1.5 meter disamping mempunyai spesifikasi yang tidak jauh berbeza dengan flagship device Sony tersebut.

Bagi yang berminat untuk mengetahui senarai harga terkini Sony Smartphone, anda boleh merujuk kepada artikel Senarai Harga Terkini Sony Xperia ataupun melalui kategori Senarai Harga Terkini di mana kami sentiasa mengemaskini harga-harga mengikut pasaran semasa.

Apa pendapat anda mengenai Xperia ZR ini? Adakah berbaloi untuk dimiliki atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here