Galaxy Mega 6.3 vs Huawei Ascend Mate – Gergasi Bertemu Gergasi

0
360 views
views

Galaxy Mega 6.3 vs Huawei Ascend Mate – gergasi bertemu gergasi , mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan pertembungan kedua-dua smartphone bersaiz besar ini.Menggunakan skrin bersaiz 6 inci keatas dan memiliki spesifikasi hampir serupa, yang manakah lebih hebat dan sesuai untuk dimiliki? Jom kita lihat.

Galaxy Mega 6.3 vs Huawei Ascend Mate 6.1

JENIS SKRIN

Kedua-dua smartphone ini menggunakan jenis skrin yang berbeza dimana Galaxy Mega 6.3 menggunakan skrin jenis SC-LCD manakala Huawei Ascend Mate pula menggunakan IPS+ LCD dengan teknologi Corning Gorilla Glass yang tahan calar.Jika dilihat menggunakan mata kasar , hampir tiada perbezaan dapat dilihat antara keduanya, namun teknologi Corning Gorilla Glass yang digunakan oleh Ascend Mate memberi kelebihan kepada smartphone tersebut.

PROCESSOR PHONE + RAM

Dual-core 1.7 GHz Krait Snapdragon 400 pada Galaxy Mega 6.3 vs Quad-core 1.5 GHz Huawei K3V2 chipset pada Ascend Mate , susah hendak dibandingkan antara kedua jenis processor ini akan tetapi secara ringkasnya Galaxy Mega 6.3 mempunyai prestasi yang lebih baik dengan 1.7GHz namun itu tidak menjamin smartphone tersebut lebih pantas dalam konteks proses membuka aplikasi dimana Quad-core processor pada Ascend Mate bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah.

Dengan sokongan 2GB ram dan Quad core processor pada Ascend Mate ianya memberi kelebihan berbanding 1.5GB ram dan Dual-core processor pada Galaxy Mega 6.3.

PRESTASI CAMERA

Kedua-dua smartphone ini dilengkapi dengan 8MP camera pada bahagian belakang dan tiada perbezaan ketara yang dapat dilihat daripada hasil gambar yang dikeluarkan.Namun jika dinilai dari sudut antaramuka camera dan juga fungsi tambahan , Galaxy Mega 6.3 mempunyai kelebihan tersendiri.

SAIZ BATERI

Dalam perbandingan saiz bateri antara kedua-dua smartphone , jelas kelihatan pemenang utama disini iaitu Huawei Ascend Mate yang menggunakan bateri bersaiz gergasi iaitu 4050 mAh berbanding Galaxy Mega 6.3 yang menggunakan bateri bersaiz 3200 mAh.Jika anda tercari-cari smartphone dengan bateri yang tahan lama, Ascend Mate ialah pilihan tepat buat anda.

HARGA

Sehingga artikel ini ditulis, harga semasa bagi Huawei Ascend Mate ialah sekitar RM1500 manakala bagi Samsung Galaxy Mega 6.3 anda boleh mendapatkan smartphone tersebut pada harga sekitar RM1399.

REVIEW LAIN

Anda boleh lihat koleksi artikel review ringkas kami melalui link ini antaranya review Xperia E , Xiaomi Ms2 , Smartphone terbaik 2013 , Xperia J dan lain-lain.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KLIK LIKE TWEET DAN G+ SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here