Android 4.3 Jelly Bean Diperkenalkan Secara Rasmi – Apa Yang Baru?

0
256 views
views

Android 4.3 Jelly Bean Diperkenalkan Secara Rasmi oleh Google semalam serentak bersama Nexus 7 (2013) dalam sebuah acara khas yang dianjurkan oleh mereka.Jadi, apa yang baru mengenai android 4.3 ini?

Jika diteliti , kemaskini ini tidak membawa perubahan besar dan ketara yang boleh dilihat selain turut mengekalkan nama yang sama seperti android 4.1 dan juga 4.2 iaitu Jelly bean.Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dalam versi 4.3 ini ialah :

Bluetooth Smart

– Sebuah ciri sambungan bluetooth yang direka bagi menambahbaik sistem sedia ada dimana ciri-ciri Bluetooth Smart ini lebih banyak digunakan oleh aplikasi fitness yang akan menghantar maklumat mengenai badan anda (cth degupan jantung) terus kepada smartphone masing-masing tanpa menggunakan bateri yang banyak.

Dialpad Autocomplete

– Antara ciri menarik pada android 4.3 Jelly bean ini ialah kebolehan untuk dialpad mengesan nombor yang anda ingin dial dengan cara mencadangkan nombor yang berkaitan.

Accelerated 3D Graphics + OpenGL ES 3.0

– Sebuah ciri-ciri yang dimasukkan bertujuan untuk menambahbaik grafik games pada smartphone dan tablet, menjadikan grafik sesebuah games itu lebih kemas, cantik dan lebih realistik.

Restricted Profiles for Tablets

Credit : Cnet

– Merupakan salah satu ciri yang hanya boleh digunakan pada tablet android dimana 1 akaun utama berupaya untuk mengawal serta menetapkan setting untuk akaun lain.Jika dilihat pada android 4.2 Jelly bean, kebolehan untuk mencipta multi-account telah pun ada namun dalam android 4.3, ianya dikemaskini dengan keupayaan akaun utama untuk mengawal akaun lain.

Ciri-Ciri Lain Pada Android 4.3 Jelly Bean

  • Virtual surround sound.
  • Easier text input – an improved algorithm for tap-typing recognition makes text input easier.
  • Lower latency input for gamepad buttons and joysticks.
  • Bluetooth AVRCP 1.3 support – display song names on a car stereo.
  • Additional language support.
  • Disabled apps tab – check which apps are disabled in Settings > Apps.
  • Faster user switching – switching users from the lock screen is now faster.
  • Location detection through Wi-Fi – use Wi-Fi to detect location without turning on Wi-Fi all the time.
  • Enhanced photo daydream – navigate through interesting albums

Perkara diatas merupakan perubahan yang dilakukan pada android 4.3 Jelly bean dan antara pengguna awal yang telah pun menerima kemaskini tersebut ialah siri peranti Google Nexus seperti Nexus 7 , Nexus 4 , Nexus 10 dan Galaxy Nexus.Jadi, apa pendapat anda mengenai perubahan baru ini ? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen dibawah.

sumber | via

Jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here