Android 4.2.2 Jelly Bean Samsung Galaxy Grand DUOS – Bakal Diterima Dalam Masa Terdekat

2

Samsung Galaxy Grand DUOS bakal terima Android 4.2.2 Jelly bean dalam masa terdekat selepas firmware rasmi android 4.2 untuk smartphone itu tersebar baru-baru ini.Sebelum ini , firmware android 4.2 Jelly Bean untuk Samsung Galaxy S3 turut tersebar menunjukkan bagaimana rupa kemaskini android 4.2.2 pada smartphone tersebut.

Untuk rekod , Samsung Galaxy S4 merupakan smartphone pertama Samsung yang menggunakan android 4.2.2 Jelly Bean dan nampaknya Samsung Mobile turut tidak melupakan barisan smartphone milik mereka yang lain dimana mereka dilihat sedang giat mempersiapkan kemaskini serupa untuk beberapa model terpilih seperti Galaxy S3 , Galaxy Grand Duos dan juga Galaxy Note 2.

Pihak Sammobile melalui sumber dalaman mereka berjaya mendapatkan beberapa keping screenshot yang menunjukkan Samsung Galaxy Grand DUOS menggunakan android 4.2.2 dimana beberapa perubahan ketara dapat dilihat dalam kemaskini itu.Antara perkara baru yang dapat dilihat ialah :

1- Notification Bar lutsinar
2- Performance yang lebih laju serta smooth
3- Fungsi Smart Stay dimasukkan.
4- Jangka hayat batei yang lebih baik
5- dll

Walaubagaimanapun , Samsung masih lagi belum mengeluarkan kemaskini tersebut secara rasmi kepada pengguna dan turut tidak menyatakan tarikh sebenar pengguna akan memperolehi kemaskini itu.Akan tetapi bagi anda yang ingin mencuba firmware tersebut, apa yang anda boleh lakukan ialah download firmware android 4.2.2 Jelly Bean dan flash secara manual menggunakan Odin.

 Kami akan mengeluarkan panduan lengkap proses upgrade Samsung Galaxy Grand Duos kepada android 4.2.2 Jelly bean untuk anda yang berminat untuk upgrade dalam artikel yang akan datang.Jadi apa pendapat anda mengenai berita ini ? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

Ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone?

Jangan lupa sertai facebook page | Twitter Youtube soleheendotcom untuk mengetahui lebih banyak informasi tips dan tutorial mengenai dunia android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika anda menghadapi sebarang masalah.

KONGSIKAN PENDAPAT ANDA.MULAKAN DISKUSI

Share.

2 Comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA